KETUA KELUARGA INDUK SUSUR GALUR ABDULLAH DUAMING
Hajat Haji Lassin @ Ezat dilahirkan pada 09 Seotember 1944 di Kampung Pirasan, Kota Belud. Bersekolah di Government Primary School, Kota Belud pada 07 Januari 1956. Pada pertengahan bulan Jun 1956 beliau telah dilompatkan kedarjah dua. Pada tahun 1958 sekali lagi beliau dilompatkan ke darjah empat. Tahun 1960 beliau telah tamat darjah enam dan melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris Government Junior Secondary School (GJSS) Kota Belud. Tahun 1963, beliau menjadi Guru Besar di Native Voluntary School, Peladok Kota Belud mengajar Bahasa Inggeris (English Specialish). Pada tahun 1965 berlatih di Native Voluntary School Teachers Training Centre, Tanjung Aru selama enam bulan. Tahun 1967 mengajar di Sekolah Kebangsaan Nanamun sebagai Guru Besar mengajar Bahasa Inggeris. Tahun 1969 bertugas di SK Pekan Kota Belud dan mengajar Bahasa Inggeris. Tahun 1970 Guru Besar di SK Suang Punggor Kota Belud. Tahun 1970 telah mengikuti kursus bahasa Inggeris di Sydney, Wolonggong University NSW, Australia. Tahun 1972 menjadi Pensyarah di Pusat Latihan Guru-Guru Bumiputera Tanjung Aru. Tahun 1975 menjadi Penolong Pegawai Daerah Luar Bandar dan pernah memangku jawatan Pegawai Daerah Tuaran selama 3 bulan, semasa Pegawai Daerah berkursus di INTAN, Kuala Lumpur. Pada tahun 1980 berkursus di INTAN Kuala Lumpur dalam bidang Perancang Bandar dan Desa. Pernah dipinjamkan oleh Jabatan Pendidikan Bahagian Beaufort dan Pantai Barat Utara Kota Belud sebagai Pegawai Kerja. Giat dalam Persatuan Pengakap. Pernah dianugerahkan bintang kecemerlangan Pengakap Negeri Sabah. Jawatan yang tertinggi dalam Persatuan ialah Pesuruhjaya Pengakap Ibu Pejabat Negeri Sabah. Semasa bertugas dianugerahkan bintang kebesaran Negeri Sabah, Bintang Kinabalu dan Bintang Setia Kinabalu (BK,BSK). Tahun 1995 bersara awal (bersara pilihan). Giat dalam penulisan lirik, rencana, sajak sekitar tahun 70-an dibawah Badan Bahasa Sabah (Bahasa) GAPENA dan Teater, samaran adalah RAHSIA. Negeri-negeri yang pernah dilawati dengan aktiviti-aktiviti Persatuan disamping kursus-kursus singkat (Short course) adalah seperti:-
• Negara Singapura bersama keluarga – MAS GOLDEN HOLIDAYS, 1975.
• INTAN – Kuala Lumpur – Kursus Perancang Bandar dan Desa, 1979.
• Hadyai – Bangkok, Thailand – Pengakap, 1980.
• Bandar Seri Begawan Brunei – Keluarga dan Pengakap, 1980.
• Hong Kong, Japan dan Taiwan – Lawatan sambil belajar, 1981
• Oxford Universiti London – Short course English (Kursus singkat),
• Canada – USA – Jamboree Sedunia Pengakap, 1985 Paris lawatan singkat, Jeddah Transit. 1987, Jamboree Pengakap Sedunia - Cibubur - Indonesia.
Tuesday, April 20, 2010
SEDIKIT TENTANG KETUA KELUARGA INDUK SUSUR GALUR ABDULLAH DUAMING
Tulisan Rimau Malaya pada 12:34 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment