Friday, November 13, 2009

Sibuk memanjang....

Terbuka mata di pagi hari, nak bersiap ke tempat kerja.. Bila sampai saja di office, terus menatap komputer, dokumen, fail dan lain lain...
MSN, YM, Blog, Facebook dsb dah tak larat nak layan...

Jam 12 tengahari : selalunya aku keluar lunch dengan rakan office.. Tapi sepanjang bulan ni, asyik menerap saja di office rushing nak siapkan kerja yang bertimbun... Maklumlah dah nak hujung tahun... Biasanya masa ni lah, nak rush itu, dateline ini, submission itu... Ahhhh... Apa lagi yang mampu aku buat... Ada masanya, balik lewat malam.. Itupun bila sampai di rumah, buka lagi file yang nak disiapkan dirumah...

Kadangkala, rasa bosan pulak buat semua tu.. Tapi aku masih bertahan, kerna memang itulah lumrah bertugas dengan syarikat swasta... Tak kira macamana kita buat.. janji "meet the dateline".. Kalau tidak, "come to my office, NOW!!!" , Boss panggil...

Now????... "What do u mean by NOW??? ".. Tapi apa boleh buat, tak kira aku sibuk @ tidak masa tu, kena lah berlari ke office Boss... Mula la dia tanya kenapa tak siaplah, nak tanya outcome lah...

Salam,
Blog Admin..
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, September 24, 2009

Kembali kerahmatullah..

05 Syawal / 24 September

Al-Fatihah....
Pemergian ayah kepada Madsah Jaragan bertempat di Kampung Kesapang Kota Belud..
Semoga roh allahyarham dirahmati Allah S.W.T.
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, September 22, 2009

The family is a haven in a heartless world


Salam 3 syawal to all denakan.

FAMILY @ AIDILFITRI


Dari Kiri Atas : Abd Hadi, Harryateh, Mohd Syahrul, Matsyah, Mohd Hasbi, Asfawie, Serinah.
Duduk seperti mempelai tu : Hajat Hj Lassin dan Hjh Nuriah Lambut.


Keluarga Abd Hadi Hajat.



Keluarga Haryateh Hajat



Keluarga Mohd Syahrul Hajat



Keluarga Matsyah Hajat



Keluarga Mohd Hasbi Hajat



The only sister and brother kami yang belum kahwin.



Cucu - cucu Hajat Hj Lassin bersama emak and bapa saudara mereka..


Monday, September 21, 2009

Rombongan Keluarga Abdullah Duaming ke rumah Tuan Hj Jamling Hj Ghani..

Gambar : Keluarga Tuan Hj Jamling Bin Hj Ghani..
Tempat : Kg Sungai Damit, Tuaran..
Rombongan : diketuai oleh pengerusi keluarga, en Hajat Hj Lassin. Turut sama En Abd Rahim, En Azman, En Kassim, En Syahrul, En Matsyah, Noraini bersama keluarga masing - masing..

Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, September 20, 2009

SALAM AIDILFITRI


KELUARGA TN. HAJAT BIN LASSIN & PN. HJH. NURIAH BT LAMBUT
Kami semua mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Monday, September 7, 2009

Pertemuan Hari Keluarga 2009

Salam,

Sebentar tadi, Tuan Pengerusi badan keluarga memaklumkan bahawa perhimpunan hari keluarga adalah seperti berikut:-

Tarikh : 26 September 2009.
Tempat : Perkarangan Rumah Pak Jikal Gabie (Kota Belud) *Confirmed*
Masa : akan diketahui kelak.. Rasanya bermula Jam 8.00 pagi..

Semua maklumat akan dimaklumkan kemudian..

Salam Ramadhan dan Aidilfitri maaf Zahir & batin,


Semua kaum keluarga dijemput hadir sama..

Sunday, September 6, 2009

17 Ramadhan : Nuzul Al-Quran & Lailatul Qadar..

Nuzul Al-Quran   Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. 'Al-Quran' bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata 'al-Quran mukjizat akhir zaman' atau 'al-Quran yang mempunyai mukjizat'. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An'am:38) al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'alaq:1-5)   Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan. Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)   Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira. Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.   Panduan Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti: 1.      ‪Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran‬ 2.      ‪Ayat pertama diturunkan ialah 'iqra' iaitu 'baca' dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.‬ 3.      ‪Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan. ‬ Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu 'ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.             Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah 'iqra'' iaitu 'baca' di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: "ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa".  Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah. Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat. Kesimpulan      Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai 'kitab induk' panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan 'membaca' al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).
Sent via BlackBerry from Maxis

Hari Minggu ker Ahad?..

Bagi orang yang berkerja, Hari ahad adalah satu2nya hari yang dianggap terlalu istimewa selain hari jumaat, hari raya mahupun hari hujan..
Setiap saat, minit, jam yang berlalu pada hari Ahad selalunya dipergunakan dengan begitu cermat dan teliti sehingga tidak sedetikpun yang terbazir..

Semoga hari Minggu Anda benar-benar happy dan enjoy.
Yang pasti hari Minggu Anda menentukan bagaimana Anda akan menghadapi Isnin yang selalu ditakuti itu.
Ahh?....
Kenapa harus takutkan hari Isnin?...
Hampir setiap orang membenci Isnin. Termasuklah aku.. Kekadang aku tidak sanggup melihat matahari petang ditelan ufuk timur dan menggelapkan malam sehingga terbitnya fajar di pagi isnin...
Sebenarnya, kita bukan takut pada isnin.. Tetapi minda dan fizikal kita yang tidak sanggup untuk menghadapinya..
Hari ahad sememangnya kita terlalu tertumpu untuk menghabiskan, walhal hari Isnin itu tetap bersedia menanti keesokan harinya..
Biar apapun yang berlaku kita tidak bisa untuk menghentikan waktu yang begitu rakus menelan masa..
Buat saudara sekalian, gunakan waktu yang ada sebaiknya dan sentiasa mengingati hari esok yang sentiasa menanti kita..

Assalamualaikum...
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, September 3, 2009

Amil Jaya kini telah tiada

Petikan dari : http://abdnaddin.blogspot.com/


KOTA KINABALU: Negeri Sabah kehilangan seorang lagi putera terbaiknya dalam bidang bahasa dan sastera selepas pemergian Sasterawan Negeri, Datuk Haji Ismail Abbas,70 atau lebih dikenali sebagai Amil Jaya di Kampung Tenghilan Tuaran, lewat petang Rabu.
Beliau merupakan mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah sebelum bersara pada tahun 1994. Amil Jaya dilahirkan pada 5 November 1939 di Kampung Pirasan Kota Belud.Selepas tamat darjah lima di GPS Tenghilan, beliau dilantik sebagai guru di Sekolah Sukarela Rakyat (NVS) Kampung Wangkod, Tenghilan, SRK Selupoh Tuaran sebagai guru besar (1966-1968) dan kemudian memasuki Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur (1969-1970),Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim Perak (1970-1972).

Selepas itu, Ismail Abbas menjadi pensyarah Di Maktab Perguruan Gaya sehingga 1974 sebelum menyertai Biro Kesusasteraan Borneo Cawangan Sabah hingga tahun 1976.

Kemudian apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah diwujudkan di Sabah, beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penyelidik, Ketua Unit Sastera, Timbalan Pengarah dan kemudian sebagai Pengarah DBP Cawangfan sabah pada tahun 1994.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1982.
Ismail Abbas lebih dikenali sebagai Amil Jaya dalam lapangan kebahasaan dan kesusasteraan, Beliau mul menulis pada tahun 1958 dan menghasilkan puluhan cerpen, serta beberapa buah novel antaranya Cerah (DBP:1076), Ngayau (DBP:1979) dan Bagaton (DBP:1987).
Beliau juga menghasilkan tiga buah novel remaja Yanti Si Anak laut (1986), Herwan Anak Kembara (1989) dan Periuk Kera Raksasa (1992). Kumpulan Puisi dan cerpennya terhimpun dalam Antologi Suatu Amanah dan kumpulan cerpen Berhati Nabi Berwajah Ibu (1972) dan Haram (1969).
Sasterawan ini merupakan Penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sabah (1990) dan penerima SEA Write Award (1992) dari Kerajaan Thailand, Tokoh Pujangga dari UPSI dan menerima anugerah darpada Kerajaan Negara Brunei Darussalam kerana jasanya dalam Kesusasteraan Melayu.
Dalam gerakan bahasa dan sastera, beliau terlibat dalam Persatuan Penulis Sabah (PERPESA), Angkatan Persuratan Melayu Sabah (APMS) dan pernah menjadi Yang Di Pertua Badan Bahasa Sabah (BAHASA) selain menjadi Ahli Jawatankuasa Penuh Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).

Jenazah akan dikebumikan esok di tanah kelahirannya di Kota Belud

Amil Jaya - Dalam Kenangan

SETIAP zaman akan melahirkan sasterawan besar yang tidak dilupakan sejarah. Barangkali inilah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan kedudukan Amil Jaya dalam konteks sastera Sabah. Beliau lahir pada zaman di mana rakyat dan negeri ini memerlukan kehadirannya dan beliau telah melakukan apa yang terbaik untuk itu. Beliau bukan sahaja meninggalkan sejumlah besar karya sastera yang hebat dalam pelbagai genre, tetapi sumbangan pemikirannya diiktiraf bukan sahaja di negara ini, malah di peringkat serantau.

Amil Jaya atau nama sebenarnya Datuk Ismail bin Abas lahir pada 5 November 1939 di kampung Pirasan Kota Belud. Beliau mendapat pendidikan awal di Government Primary School. Tenghilan, Tuaran. Setelah tamat sekolah rendah, beliau menjadi guru di Sekolah Sukarela Rakyat di Kampung Wangkod, Tenghilan. Beliau kemudian memasuki Pusat Latihan Guru-Guru Bumiputera dan setelah menamatkan latihan di pusat itu beliau kembali bertugas sebagai guru besar di Sekolah Sukarela Rakyat Wangkod, Tenghilan. Tidak lama kemudian beliau menjadi guru besar di SRK Selupoh, Tuaran sehingga tahun 1968.

Pada tahun 1969 beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab perguruan Bahasa Kuala Lumpur dan kemudian di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Perak. Kerana minat yang mendalam dalam bidang ksusasteraan, pada tahun 1974 beliau menyertai Biro Kesusasteraan Borneo (Borneo Literature Bureau) Cawangan Sabah, sebagai editor.

Apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menubuhkan cawangannya di Sabah dan Biro Kesusasteraan Borneo diserapkan ke dalam DBP, Amil Jaya turut menyertai agensi baharu itu sebagai pegawai penyelidik. Pada tahun 1976 beliau mengikuti kursus pengajian luar kampus Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang sehingga berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda sastera pada tahun 1982 dan pada tahun 1990 beliau menjadi Pengarah DBP cawangan Sabah sehingga bersara pada tahun 1994.

Beliau mula menulis pada tahun 1958, tetapi puncak kegemilangannya dalam bidang sastera ialah pada tahun 1970-an sehingga tahun 1990-an. Sebagai sasterawan, beliau adalah tokoh besar yang paling konsisten dan paling menyerlah di Sabah pada zamannya. Pada tahun 1990, beliau menerima Anugerah Sastera Negeri Sabah, Pada tahun 1992, beliau menerima hadiah SEA Write Award daripada Kerajaan Thailand. Beliau juga turut menerima penghargaan daripada kerajaan Negara Brunei Darussalam kerana sumbangannya yang besaqr terhadap bidang sastera di kepulauan Borneo ini.

Walaupun pemikiran beliau amat tajam dalam merombak keadaan, dianggap pejuang yang revolusioner, peka terhadap kedaifan ekonomi masyarakat di sekeliling, tetapi beliau bukanlah seorang ahli atau tokoh politik. Seperti yang beliau perakui sendiri, beliau tidak pernah menyertai sebarang parti politik di Sabah. Penglibatannya dalam politik mungkin hanya berkisar dalam institusi atau gerakan sastera sahaja, terutama sekali penglibatan beliau sebagai tokoh pemimpin dalam “Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) yang diterajuinya pada tahun 1984 apabila badan ini dihidupkan kembali dengan bantuan beberapa aktivis sastera di Sabah. Beliau kemudian digulingkan Allahyarhamah Hajah Sairah Haji Antin yang bertanding pada pemilihan tahun 1995.

Ketika BAHASA mengalami tahun-tahun kritikal dengan berlakunya pergolakan dalaman pada awal alaf baharu, nama beliau disebut semula sebagai antara tokoh yang layak menerajui kembali badan bahasa dan sastera yang berpengaruh di Sabah dan menjadi kerabat GAPENA itu. Akhirnya beliau muncul semula merebut Jawatan Yang Di Pertua Badan BAHASA pada pemilihan tahun 2003. Walau bagaimana pun pada pemilihan tahun 2007 beliau mengundur diri atas sebab-sebab kesihatan dan menyerahkan kepimpinan BAHASA kepada Jasni Matlani.

Sesungguhnya Amil Jaya adalah sasterawan besar di Sabah, malah di peringkat kebangsaan dan serantau. Beliau sebenarnya layak dicalonkan sebagai penerima anugerah ’Sasterawan Negara’ berdasarkan keterlibatan dan sumbangannya yang tidak terhingga itu. Beliau layak dicatat dalam tinta emas sejarah negara ini dan malah sangat wajar menjadi kebanggaan bangsanya. Beliau bukan sahaja mempunyai identiti tersendiri di sepanjang penglibatannya, tetapi karyanya sama ada dalam genre puisi, cerpen, esei kritikan sastera dan novel, meninggalkan segugus besar pemikiran dan gagasan yang tidak ternilai untuk bangsa dan negaranya.

Beberapa buah novelnya yang dianggap penting dan begitu dominan dalam kerjaya penulisannya seperti Cerah, Bagaton dan Ngayau akan sentiasa mendapat perhatian. Malah terus diperkatakan oleh kritikawan dan sarjana dalam dan luar negara daripada pelbagai perspektif, pendekatan dan teori.

Beliau akan terus dikenang dan dihargai untuk jangka masa yang lama. Sasterawan lain mungkin akan tumbuh, tetapi Amil Jaya sentiasa disebut namanya sebagai sasterawan besar untuk zamannya. Beilau akan terus hidup dalam ingatan khalayak sastera negeri ini sampai bila-bila kerana beliau adalah sasterawan besar yang tidak mungkin akan dilupakan sejarah.

Yang pergi takkan kembali lagi

untuk makluman keluarga semimon, Datuk Ismail Abas dan Pak ma' Ijam telah meninggal dunia songom debui dan akan kinubur tak kampung pirasan betiru..


al-fatihah..

Monday, August 31, 2009

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Hari ini.....
kita telahpun merayakan kemerdekaan yang ke-52 tahun.
Jika dibandingkan dengan tempoh negara kita dijajah,
jangka masa 52 tahun ini amatlah pendek.
Negara kita sebenarnya telah dijajah hampir 450 tahun lamanya.
Setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis, kita kemudiannya dijajah pula oleh Belanda, British dan Jepun.
Namun, kita masih lagi dijajah oleh fahaman2 lain termasuklah muzik, budaya, politik dan lain lainnya..
Kita seharusnya sentiasa sedar tentang apa yang telah dikecapi tidak akan bertahan lama sekiranya tidak ada generasi baru yang akan memperthankannya..
Lu fikirlah sendiri...

Assalamualaikum..

Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, August 30, 2009

Fadhilat Sembahyang Terawih

Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 : berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Malam
5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. Malam
6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) Malam
19 : Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali,
lalu berfirman: "
Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'."


Sent via BlackBerry from Maxis

Makna & Fadilat Puasa Ramadhan

1) Ta'rif Puasa (As-Siyam). Menurut bahasa Arab: Menahan daripada melakukan semua perkara. Menurut Istilah Syara': Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar (subuh) hingga terbenam matahari.

2) Hukum Puasa. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah salah satu daripada Rukun Islam dan merupakan salah satu daripada binaannya yang besar. Dalilnya, firman Allah Ta'ala (Al-Baqarah:183) yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa" Juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar y katanya: Nabi rbersabda yang bermaksud: "Islam itu dibina di atas lima rukun: Mengucap syahadah 'Laa ilaaha illallah, Muhammadar Rasulullah', mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah". (Muttafaq 'alaih: Al-Bukhari dan Muslim). Puasa Ramadhan difardhukan ke atas umat Islam pada tahun kedua Hijrah.

3) Kelebihan (fadhilat) serta hikmat disyari'atkan puasa. Bulan Ramadhan merupakan suatu musim yang sangat berharga untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Sekiranya diberi kesempatan (hidup) di dalamnya maka ia merupakan suatu nikmat yang besar serta limpahan kurniaan daripada Allah Yang Maha Mulia. Allah menganugerahkannya kepada hamba-Nya yang dikehendaki untuk memperbanyakkan amal kebajikan, menaikkan darjat, menghapuskan kesalahan dan mengukuhkan hubungan dengan penciptanya Jalla wa 'Ala (Yang Maha Tinggi). Semoga dituliskan baginya pahala yang besar, ganjaran yang banyak dan dapat mencapai keredhaan Allah serta hatinya dipenuhi dengan rasa takut kepada Allah.

4) Syarat-syarat wajib Puasa. Para ulama' telah berijma' (bersepakat) bahawa puasa diwajibkan ke atas setiap orang muslim yang baligh, berakal, sihat dan bermukim (tidak musafir). Demikian juga ia diwajibkan ke atas setiap wanita apabila suci daripada haid dan nifas.

5) Adab-adab Puasa. a- Menjauhi daripada mengumpat, mengadu (menghasut) dan lainnya daripada perbuatan yang diharamkan oleh Allah. Setiap muslim mesti menjaga lidahnya daripada menyebut perkataan yang haram sertamemeliharanya daripada bercakap mengenai hal orang lain. Sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta bahkan terus melakukannya maka Allah tidak berhajat kepadanya untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya". (H.R. Al-Bukhari). b- Jangan meninggalkan makan sahur, kerana sahur boleh membantu orang yang berpuasa untuk menyempurnakan ibadat puasanya, agar dia dapat melalui siang harinya dalam keadaan rehat dan dapat menjalankan kerja-kerjanya dengan baik. Rasulullah r telah menggalakkan umatnya bersahur dengan sabdanya yang bermaksud: "Sahur adalah makanan yang diberkati. Jangan kamu tinggalkannya walaupun dengan meminum seteguk air, kerana Allah I dan para malaikat-Nya mendoakan (memberi rahmat) kepada orang yang bersahur". (H.R.Ahmad). c- Segera berbuka puasa apabila telah pasti terbenam matahari (maghrib). Sabda Nabi yang bermaksud: "Manusia sentiasa berada dalam keadaan baik sekiranya mereka segera berbuka puasa". (Muttafaq 'alaih). d- Seboleh-bolehnya berbuka dengan ruthab (tamar separuh masak) atau tamar kering, kerana berbuka dengannya adalah sunnah. Kata Anas yang bermaksud: "Rasulullah r berbuka puasa sebelum menunaikan solat dengan ruthab, jika tiada ruthab Baginda berbuka dengan tamar, jika tiada tamar dengan beberapa teguk air". (H.R. Abu Daud). e- Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, memuji dan memuja Allah, bersedekah, membuat kebajikan, melakukan amalan sunat dan lainnya daripada amalan yang soleh. Kata Abdullah bin 'Abbas yang bermaksud: "Rasulullah r adalah seorang yang sangat pemurah dan suka melakukan kebaikan. Kemurahannya semakin bertambah di bulan Ramadhan ketika bertemu dengan Jibrail. Jibrail datang bertemu dengannya setiap malam di bulan Ramadhan untuk mengulang al-Quran. Keadaan Rasulullah r ketika bertemu Jibrail adalah sangat pemurah dalam melakukan kebajikan, lebih cepat daripada angin yang bertiup kencang". (H.R. Al-Bukhari dan Muslim).

6) Perkara-perkara yang membatalkan puasa. a- Makan dan minum dengan sengaja pada siang hari. Demikian juga dengan melakukan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa seperti; memasukkan air ubat yang mengenyangkan atau menelan ubat melalui mulut, kerana hukumnya seperti hukum memakan makanan dan minuman. Adapun perbuatan mengeluarkan darah yang sedikit, seperti mengambil darah untuk dikaji maka ia tidak menjejaskan puasa. b- Melakukan jima' (persetubuhan) pada siang hari dalam bulan Ramadhan. Jima' membatalkan puasa. Sesiapa yang melakukannya wajib bertaubat kepada Allah kerana telah mencabuli kehormatan bulan Ramadhan. Wajib ke atasnya mengqadha puasa hari yang dilakukan jima' padanya dan membayar kifarat; iaitu dengan memerdekakan seorang hamba. Jika tidak ada hamba wajib ke atasnya berpuasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu, wajib ke atasnya memberi makan enam puluh orang miskin. Setiap orang diberikan setengah gantang gandum atau sebagainya daripada makanan (asasi) yang dimakan di negeri itu. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah y:
( بينما نحن جلوس عند النبي r إذ جاء رجل، فقال: يا رسول الله هلكت. قال: "ما لك؟" قال: وقعت على امرأتي وأنا صائم. فقال رسول الله r: "هل تجد رقبة تعتقها؟" قال: لا. قال: "فهل تستطيع أن تصوم شهرين متتابعين؟" قال: لا. قال: "فهل تجد إطعام ستين مسكيناً؟" قال: لا. قال: فمكث النبي r، فبينما نحن على ذلك أُتيَ النبي r بعَرَق فيه تمر -والعَرَق: المِكْتَل-، قال: "أين السائل؟" فقال: أنا. قال: "خذ هذا فتصدق به". فقال الرجل: على أفقر مني يا رسول الله؟ فو الله ما بين لابتيها -يريد الحرتين- أهل بيت أفقر من أهل بيتي. فضحك النبي r حتى بدت أنيابه، ثم قال: "أطعمه أهلك)) رواه البخاري ومسلم.
"Sedang kami duduk bersama Rasulullah r tiba-tiba datang seorang lelaki memberitahu kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah: Binasalah saya! Sabda Nabi: "Kenapa dengan kamu ini?". Jawabnya: Saya telah melakukan jima' dengan isteri saya sedangkan saya berpuasa. Sabda Nabi: "Apakah kamu memiliki seorang hamba?". Jawabnya: Tidak. Sabda Nabi lagi: "Apakah kamumampu melakukan puasa dua bulan berturut-turut?". Jawabnya: Tidak. Sabda Nabi lagi: "Apakah kamu mempunyai makanan untuk enam puluh orang miskin?". Jawabnya: Tidak. Rasulullah diam seketika, tiba-tiba datang seorang membawa tamar satu 'araq (sebuah bakul yang dibuat daripada daun kurma, anggaran muatannya sebanyak lima belas gantang) Nabi r pun bertanya: "Di mana orang yang bertanya tadi?". Jawab lelaki itu: Saya. Sabda Nabi r: "Ambillah tamar ini dan sedekahkannya". Jawab lelaki itu: Apakah kepada orang yang lebih fakir daripada saya wahai Rasulullah?. Demi Allah, tidak ada penduduk di antara dua tanah hitam (Madinah) ini lebih fakir daripada keluarga kami. Rasulullah r tersenyum hingga nampak gigi taringnya, kemudian Nabi r bersabda: "Berilah makan kepada keluargamu". (H.R. Al-Bukhari dan Muslim). c- Keluar mani dengan sebab bercumbu, bersentuhan atau mengeluarkan dengan tangan atau mengulang-ulang pandangan kepada perkara yang memberahikan. Apabila seorang yang sedang berpuasa mengeluarkan mani dengan sebab-sebab yang tersebut terbatallah puasanya dan wajib ke atasnya menggantikannya (qadha). Dia mesti meneruskan puasanya pada hari tersebut dan tidak dikenakan kifarat, wajib bertaubat, menyesali perbuatan tersebut dan beristighfar serta menjauhkan perkara-perkara yang boleh membangkitkan syahwatnya. Kalau seseorang yang sedang berpuasa tidur kemudian bermimpi hingga keluar mani maka perkara tersebut tidak menjejaskan puasanya. Dia tidak dikenakan fidyah tetapi wajib ke atasnya mandi hadas. d- Muntah dengan sengaja, iaitu dengan mengeluarkan makanan daripada perut melalui mulut. Tetapi jika termuntah dengan sendiri dan bukan dengan sengaja atau kehendak sendiri maka tidak menjejaskan puasanya, sabda Nabi r: (( من ذرعه القيء فليس عليه قضاء، ومن استقاء عمداً فليقض )) رواه أبو داود والترمذي. "Sesiapa yang termuntah tidak dikenakan qadha, dan sesiapa yang muntah dengan sengaja wajib ke atasnya qadha". (H. R. Abu Daud dan at-Tirmizi). e- Keluar darah haid atau nifas, sama ada keluar pada awal pagi atau petang ataupun sebelum terbenam matahari, maka puasanya terbatal Bagi orang yang berpuasa lebih baik tidak berbekam, agar puasanya terjaga daripada perkara yang membatalkannya, tidak menderma darah kecuali dalam keadaan terdesak untuk membantu orang sakit yang memerlukannya dan seumpamanya. Adapun keluar darah dari hidung, atau melalui kahak, atau luka ataumencabut gigi dan seumpamanya tidak menjejaskan puasa.

7) Beberapa hukum umum mengenai puasa. a- Wajib berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan melihat anak bulan, kerana firman Allah Ta'ala yang bermaksud: (البقرة: 185). "Sesiapa di antara kamu yang melihat anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa". (Al-Baqarah: 185). b- Memadai sabit melihat anak bulan dengan pengakuan seorang muslim yang adil (tidak melakukan dosa besar), berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar y katanya: (( تراءى النّاس الهلال، فأخبرت رسول الله r أني رأيته، فصام وأمر النّاس بصيامه )) رواه أبو داود والدارمي وغيرهما "Orang ramai melihat anak bulan, maka saya pun menyampaikan berita kepada Rasulullah r bahawa saya telah melihatnya. Baginda pun berpuasa dan mengarahkan agar semua berpuasa". (H.R. Abu Daud dan ad-Darimi). c- Keputusan menentukan permulaan puasa bagi setiap negara ialah di bawah kuasa pemerintah negara tersebut. Apabila ketua negara menentukan puasa atau tidak maka rakyat wajib mentaatinya. Jika berada dalam negara yang diperintah oleh bukan orang Islam, maka orang Islam mestilah mengikut keputusan yang dibuat oleh Pusat Islam atau seumpamanya demi untuk menjaga kesatuan umat Islam. d- Boleh menggunakan teropong untuk melihat anak bulan dan tidak boleh berpegang dengan kiraan hisab falak dan memandang bintang untuk menentukan permulaan puasa atau hari raya. Wajib berpegang kepada melihat anak bulan, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah Ta'ala dalam surah (البقرة: 185) yang bermaksud. "Sesiapa di antara kamu yang melihat anak bulan Ramadhan maka hendaklah ia berpuasa". (Al-Baqarah: 185). e- Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan dari kalangan orang mukallafmaka wajiblah ke atasnya berpuasa, sama ada waktu siang panjang atau pendek. f- Perkiraan bagi permulaan puasa Ramadhan bagi setiap negara ialah dengan melihat anak bulan daripada tempat naiknya (matla') mengikut pendapat ulama' yang rajih (kuat), kerana para ulama' telah sepakat mengatakan tempat naik (matla') anak bulan berbeza bagi setiap negeri. Hal yang tersebut termasuk dalam perkara yang diketahui umum, berdasarkan sabda Nabi r: (( صوموا لرؤيته، وافطروا لرؤيته، فإن غُمَّ عليكم فأكملوا شعبان ثلاثين يوماً )) أخرجه البخاري ومسلم. "Berpuasalah dengan sebab melihat anak bulan dan berbukalah dengan melihatnya. Sekiranya cuaca mendung (kamu tidak dapat melihatnya) maka sempurnakan bilangan Sya'ban tiga puluh hari". (H. R. Al-Bukhari dan Muslim). g- Wajib ke atas orang yang berpuasa, berniat puasa pada waktu malam, berdasarkan sabda Nabi r: (( إنما الأعمال بالنيّات، وإنما لكل امرئ ما نوى )) متفق عليه. "Setiap amalan mesti dengan niat. Sesungguhnya bagi setiap orang itu mengikut apa yang diniatkan". (Muttafaq 'alaih). Sabda Nabi r: (( من لم يجمع الصيام قبل الفجر فلا صيام له )) أخرجه أحمد وأبو داود والترمذي والنسائي من حديث حفصة رضي الله عنها. "Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tidak sah puasanya". (H.R. Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai daripada hadis Hafsahradiallahu 'anha). h- Tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan puasa atau berbuka sepanjang siang hari bulan Ramadhan kecuali ada keuzuran seperti sakit, musafir atau perempuan haid, nifas, hamil atau menyusukan anak, firman Allah Ta'ala dalam surah (البقرة: 184) yang bermaksud. "Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajib ia berpuasa sebanyak (bilangan hari yang ditinggalkan) itu pada hari-hari lain". (Al-Baqarah: 184). i- Orang sakit yang tidak mampu berpuasa atau sukar untuk menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa atau boleh membawa kemudaratan jika berpuasa, diharuskan baginya untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, tetapi hendaklah menggantikannya (qadha) pada masa yang lain mengikut bilangan hari yang ditinggalkannya. j- Wanita yang sedang hamil atau menyusu anak. Seandainya takut kemudharatan berlaku ke atas dirinya sahaja, dibolehkan ke atas mereka ini berbuka puasa dan wajib ke atas mereka mengqadhakan puasa yang ditinggalkannya menurut ijma' ulama', kerana keadaan kedua-duanya seperti orang sakit yang takut binasa dirinya dengan sebab puasa. k- Kalau wanita tersebut takut kemudharatan ke atas dirinya serta anaknya atau mudharat ke atas anaknya sahaja. Harus baginya berbuka puasa dan wajib ke atasnya qadha puasa yang ditinggalkan, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas daripada Nabi r: (( إن الله وضع عن المسافر نصف الصلاة والصوم، وعن الحبلى والمرضع )). رواه النسائي وابن خزيمة وهو حديث حسن. "Allah I telah meringankan daripada orang musafir setengah solat dan puasaserta daripada wanita mengandung dan menyusu". (H.R. An-Nasai dan Ibnu Khuzaimah, darjatnya: Hasan). l- Orang yang terlalu tua sama ada lelaki atau perempuan, diberikan kelonggaran kepada mereka untuk meninggalkan puasa sekiranya puasa boleh menyebabkan kesukaran dan kesusahan yang berat ke atas mereka. Wajib ke atas keduanya memberi makan seorang miskin setiap hari. Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada 'Ataa' beliau mendengar Ibnu 'Abbas y membaca ayat: (البقرة: 184). "Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah (iaitu) memberi makan seorang miskin". (Al-Baqarah: 184). Kata Ibnu 'Abbas y: Ayat ini tidak dimansuhkan (dibatalkan hukumnya). Ianya digunakan untuk orang lelaki dan perempuan yang terlalu tua, yang tidak mampu melakukan puasa, maka diberi makan seorang miskin setiap hari". m- Musafir dikira salah satu daripada keuzuran yang diharuskan berbuka puasa, dalilnya hadis Anas t: (كنا نسافر مع النبي r، فلم يعب الصائم على المفطر، ولا المفطر على الصائم) متفق عليه. "Kami bermusafir bersama Rasulullah r. Tidak ada sahabat yang berpuasa mencela orang yang tidak berpuasa dan orang yang tidak berpuasa pula tidak mencela orang yang berpuasa". (Muttafaq 'alaih).

Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa

Dalam hitungan jam kan kita jelang Ramadhan nan suci,
kami pintakan maaf setulus hati akan khilaf yang selama ini terjadi
Taqobalallahu minna wa minkum, mohon maaf lahir batin atas segala kesalahan saya.
Bagi yang melaksanakannya, saya ucapkan selamat menjalani ibadah Puasa Ramadhan.
Semoga amal ibadah kita semua diterima ALLAH SWT.
by. shireishou

Adzan-adzan lari berseruan dari langit-langit rumah Tuhan
Tuntun jari-jari dosaku ke arah-Mu
Kutundukkan congkak kepalaku
Tak layak ku disisi-Mu
Gelimang noda dan dosa balut tubuhku dari semua rasa yang telah mati

Marhaban ya Ramadhan...
Mohon maaf lahir dan bathin
Mari sucikan hati, pikiran, dan lisan kita
Sambut Ramadhan dengan penuh suka cita
by.heny

Dear All......
Jika hati sejernih air , jangan biarkan ia keruh
Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung
Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan IMAM..

Atas nama Jper's milist jejak petualang mengucapkan
*"Selamat menunaikan ibadah puasa, Mohon maaf lahir dan batin...*
by.Tante Nha-Nha

Marhaban Ya Ramadhan...
dari dalam lubuk hati saya yang paling dalam
izinkan saya memohon maaf

mari kita sambut ramadhan dengan kebersihan hati
barangkali ada prasangka pernah terbersit
ada kata salah terucap
dan ada tingkah laku yang kurang berkenan
sekali lagi kami memohon maaf
by.Jamie Gorontalo

Assalamua'alaikum WrWb
Bulan suci Ramadhan sudah di depan mata, bulan yang penuh keberkahan,
bulan yang penuh dengan ampunan.
perlu kesiapan mental yang matang dan kejernihan hati tuk menyambutnya..

sudilah kiranya, membuka pintu hati tuk menerima ucapan kami..

" MINAL AIDIN WAL FA IDZIN, MOHON MAAF LAHIR & BATHIN "

Semoga, kita di beri kekuatan dan keringan dalam menjalankan ibadah shaum..
by.Koz n family

..Hati gak sebening XL dan secerah MENTARI.
Banyak khilaf yang buat FREN kecewa, kuminta SIMPATI mu untuk BEBAS kan dari ROAMING dosa
dan kita semua hanya bisa mengangkat JEMPOL kepadaNya yang selalu membuat kita HOKI dalam mencari kartu AS selama kita hidup karena kita harus FLEXIbel untuk menerima semua pemberianNYA.

Semoga di bulan Ramadhan ini kita bisa beningkan hati seperti XL,
Dapat berpikir luas seperti SIMPATI,memberi maaf secara cuma2 seperti AS,
memberi banyak kesempatan seperti IM3, murah senyum seperti JEMPOL
dan yang palingg penting kita dpt berpikir cerah seeprti MENTARI.
Sebelum cahaya Illahi dipadamkan, sebelum langit runtuh, sebelum pintu taubat ditutup,
sebelum malaikat menjemput, sebelum ramadhan tiba,
maaf kalau ada perkataan yg menyinggung sampai telinga panas seperti ESIA.
by.aviola

Aku sadar memang bukan teman yang sempurna untuk kamu.
Kesalahan dan kekhilafan. Selalu saja ada diantara kita.
Terutama aku yang sering ngerepotin kamu.
Met puasa dan Maafkan Lahir Batin.

Elu memang sobat gue yang terbaik
Sampai terkadang gak terasa seenaknya
Gue ngatain loe n ngejakin loe semaunya
Maafin gue bukan maksud ngerendahin
justru karena loe adalah seperti
Bagian dari gue
Met puasa ya!!

Matahari berdzikir, angin bertasbih dan pepohonan memuji keagungan-Mu.
Semua menyambut datangnya Seribu Bulan.
Selamat datang Ramadhan, Selamat beribadah puasa.
Mohon Maaf Lahir dan Bathin.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Hidup ini terasa indah jika ada maaf.
Taqabalallahu Minna Waminkum…

Tak ada kata seindah zikir
Tak ada bulan seindah Ramadhan
Ijinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yg tak terjaga
janji yg terabaikan, hati yang slalu berprasangka & sikap yang pernah menyakitkan.
Maaf lahir batin. Slamat menunaikan ibadah puasa

Please forgive me, mistakes,shortcomings as we welcome Ramadhan.
May Allah give u strength in ur iman and health. Amiin.

Bila ada langkah membekas lara
bila ada kata merang kai dusta
bila ada tingkah menoreh luka
pada kesempatan ini saya mohonkan maaf lahir dan bathin.
Selamat Melaksanakan Ibadah Puasa pada bulan Ramadhan

Sent via BlackBerry from Maxis



Thursday, July 16, 2009

Fw: Selamat Ulang Tahun-- Lupa pulak Gambar... Hehehe

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Maxis Mobile.

Hari ini 16 July 2009.. Genap 5 tahun anak kami yang kedua.. Smoga dipanjangkan umurnya dan dimurahkan rezeki...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Maxis Mobile.

Selamat Ulang Tahun

Hari ini 16 July 2009.. Genap 5 tahun anak kami yang kedua.. Smoga dipanjangkan umurnya dan dimurahkan rezeki...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Maxis Mobile.

Sunday, July 12, 2009

Fikirkan untuk masa depan anak2 kita... Luahkan segalanya di blog Mahathir

Pls go to Tun Mahathir's blog & VOTE whether u want teaching of Sc & Mths in Engl. Tun is strongly supporting Eng & is willing to convey yr message 2 the Govt. So, pls go to http://chedet.co.cc/chedetblog/ & speak yr mind. Strike while the iron's hot! Do it today 4 the sakes of our kids! TQ. Pls pass this message 2 as many as ppl. We need the support. Tks.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Maxis Mobile.

Saturday, July 11, 2009

Abar kurang alap..

Itu un dikau abar..
Bau do si pan tekalai ku un kono jomo ngemban tak kampung.. Amun nia silap endo Bujang. tak batu 2 kampung pirasan.. Dah jo pan aku silap oron..

Salam Bedinakan..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Maxis Mobile.

Friday, July 10, 2009

Kerjo bana...

As'kum...



pertama skali, sengaja ku betutur sama mitu.. Endo bangan sea' ku ta upis nyia ngerati yan no bara ku tu..



Yang bana ni, ai lebi kurang 5 taun no pan aku kerjo tak sungan ku betiru tu... ...





Jadi, penijadi serita... Dokon ai ngari bana no sab aku kerjo mitu tu...



Ngini?..

Ngabar jono aku engkaam a...

Dau dau masa ku mula kerjo, alap bana reso ni... Asal bangun sensaung, terus aku mandi terus ngogo kerjo... Pikiran ku ngogo kerjo jo... Sebab tereso ku enjoy bana tak sungan ku kerjo a... Ling ling jomo, motivasi kerjo a langa sab... Sampai lebi kurang 3 taun.. Alap jo..

Jadi pega ai jo posok 4 taun, un dangan staff bau ngentan begian perjawatan ko disiplin posok...

Bah ai lain no sab kejadian ni tu...

Mekalai kam... Bila ai jono iyo, beta beta dekiit.. Mula no iyo 'tunjuk taring'..

Dangan ko dangan jomo ingin beranti pasal iyo..

Ai ngini ka a?... Iyo tu pandai bana enggusuk betis bos kami a... Sampai penisoyoon bana no iyo...

Jadi sampai no betiru, aku tu tereso ku pedi jo tikok... Amun betiru a, ai jo ari minggu mula no aku pikir.. Amun buli songom ari minggu a niah no jadi elau.. Dong sampai hari satu..

Asal ari satu jo... Dokon nia no aku ingin bangun...



Bah a jo dinakan, serita keso ti balik...

Ai pedi bana sab jari ku tu..



P/S: utk sian sian jo pan ko boso serita tu.. Dong kom mara ta sian sian a.. Ai kang sab aku pinalu...

Hehehe.. Beragam jo kiti a...



As'kum...

Salam bedinakan..

Nasi Emba'k

Apa makanan yang kamu rasa ok ok lah...
_________________________

Kalau pasal makanan; mestilah di restoran2 yang best kan... Tapi klu saya, ada satu tempat tu di Likas (urang cakap kadai emba'k - jawa) limpas kuburan Likas kalau dari Inanam@kolombong... Limpas korner sikit ada satu kadai tu mimang slalu ramai lah...

Bah cerita pasal makanan ni, di kadai ni semua ada lah (apa yg slalu jawa jual), rujak, sup dll...
Tapi yg lain dia, dia jual nasi kosong campur 2 ketul ayam sama satu tapak sambal..

Mula2 sia tenguk, ndak sdap lah ni nasi.. Tapi bila sia rasa 1 kali.. Nah, ai balik balik no sap...
Tapi kadang kadang bikin semu jugalah..
Try dulu lah...


AMARAN!!! ;
Ini bukan mau promote/iklan, tapi yang sebana ni...

As'kum....
Salam Bedinakan..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Maxis Mobile.

Wednesday, July 8, 2009

Santeek Kaa??

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Maxis Mobile.

Wajah Baru Niee..

As'kum semua..

Yen abar, apa pendapat kamu dengan wajah baru blog ini.??

Saja jer mau mengasi aktif blog ni bah..

Blum ada masa betul mau update..

Insyallah, klu ada masa sia kasi konsenterate bikin..

As'kum..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Maxis Mobile.

Saturday, June 27, 2009

Ke Kudat

Esok.. 28 JUNE..
Rombongan keluarga sebelah Emak saya (Nuriah bte Lambut) akan ke Kudat untuk majlis pertunangan sepupu saya.. akan bertolak jam 8.00 pagi dari Kota Belud.. tapi perjalanan saya pula terpaksa bermula dari Tuaran..

sudah lama saya tidak datang ke Kudat.. semenjak tahun 2007 lagi.. harap² banyak perubahan yang ada di sana....

dengar khabar ada juga jangkitan H1N1...
hah...&%*&^$%.. H1N1 virus BABI tu...
bahaya ni tau.. harap² itu hanya desas desus sahaja lah..
semoga perjalanan ini di rahmati Allah S.W.T..

Ameen...


HASBI HAJAT.

Tuesday, June 23, 2009

Alhamdulillah..

Akhirnya dengan keazaman saya untuk meng'update' blog ini setiap hari dan membuat beberapa usaha.. laman blog ini dapat di'search' dari search engine..
dengan itu, bermula dengan ini saya akan menulis semua maklumat mengenai aktivi keluarga abdullah duaming termasuklah acara, mesyuarat, perkembangan, gambar dan apa² saja yang saya mampu..

sumber rujukan utama saya ialah, En Hajat Hj Lassin iaitu selaku pengerusi badan keluarga yang juga bapa saya..

sekali lagi saya mintak, seluruh kaum keluarga abdullah duaming supaya dapat menyumbangkan idea atau maklumat untuk di tulis ke dalam blog ini..

------------------------------------------
Salam bedinakan,
Mohd Hasbi Hajat.
Kg Pirasan
Kota Belud

Sunday, June 21, 2009

Perhatian..

Pada mereka yang memasuki laman blog ini, diharap jgn terkejut dengan isi kandungannya.. Kerana sebenarnya content yang saya masukkan adalah tidak kena dengan objektif blog saya ini, iaitu mengmpulkan maklumat mengenai keluarga abdullah duaming.. Post2 yang saya tulis disini cuma untuk mengaktifkan sahaja blog ini.. Dan sekiranya saya mempunyai banyak maklumat, saya akan hanya memasukkan topik mengenai keluarga abdullah duaming sahaja.. Sekian dan harap maaf..

Salam Bedinakan,
Hasbi..

Saturday, June 20, 2009

Sumber Alam Sihatkan Tubuh

Tubuh yang sihat dan segar bukan hanya boleh diperoleh dengan menggunakan produk kecantikan atau melakukan pembedahan plastik semata-mata, tetapi banyak lagi kaedah lain yang boleh digunakan. Antaranya ialah dengan mengamalkan kaedah tradisional seperti memanfaatkan bahan-bahan di sekeliling, terutama sekali bahan yang sememangnya sentiasa digunakan di dapur.

Bahan sumber alam seperti rempah ratus, sayur-sayuran, atau buah-buahan contohnya, adalah antara yang terbaik untuk diamalkan. Selain bermanfaat pada kesihatan, ia juga dapat menjimatkan perbelanjaan terutama di musim gawat.

Kulit kayu manis
Kebaikan kulit kayu manis tidak boleh disangkal lagi. Selain digunakan dalam masakan atau minuman, zat-zat yang terkandung di dalamnya sangat baik terutama hal berkaitan penurunan kadar gula dalam darah serta kolesterol dalam badan.

Halia
Minuman halia kerap dinikmati sebagai bahan membuang angin dalam badan. Manakala untuk kesihatan pula, halia berfungsi dalam menurunkan tekanan darah, mengatasi peradangan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Selain itu, halia juga berfungsi untuk memperbaiki sistem pencernaan serta perjalanan darah di dalam badan.

Kunyit
Kunyit bukan sekadar digunakan sebagai perencah dalam masakan tetapi juga baik untuk meredakan rasa nyeri ketika diserang arthritis serta amat baik untuk membantu mencegah serangan penyakit Alzheimer.

Kekacang
Makanan seperti kekacang sememangnya enak dinikmati ketika menonton TV atau sebagai kudap-kudapan di waktu minum petang. Ia kaya dengan potassium, magnesium, zat besi dan sebagainya. Anda boleh taburkan sedikit kacang di atas salad kerana ia bermanfaat untuk merawat kulit, mengurangkan risiko serangan kanser serta baik untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah. Ia juga boleh memperbaiki fungsi sistem imunisasi dan pencernaan. Sebaiknya, hindari pengambilan kacang bergoreng. Sebaliknya pilih kacang yang direbus atau dipanggang tanpa menggunakan minyak atau mentega.

Buah beri
Buah-buahan dari jenis beri ini jarang diperoleh dalam bentuk segar. Namun, ia dikatakan baik untuk meningkatkan ingatan, memerangi diabetes serta memelihara kesihatan jantung. Antaranya, beri biru, beri hitam dan beri merah. Buah beri biru antara buah yang tergolong di antara 60 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan. Buah strawberi pula kaya dengan vitamin C selain berfungsi untuk melawan jangkitan serta mencegah perkembangan selsel kanser.

Bawang putih
Memakan satu ulas bawang putih sehari baik dimasak mahupun mentah amat baik untuk membantu melindungi tubuh dari serangan kanser serta bermanfaat merawat kesihatan jantung. Bawang putih juga terbukti berkesan dalam mengawal kadar kolesterol di dalam tubuh selain bersifat antibiotic sehingga mampu menghalau bakteria jahat yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain.

Minyak Zaitun
Suatu ketika dahulu, selain menggunakan susu untuk merawat kecantikan, Ratu Cleopatra menggunakan minyak zaitun. Ini kerana, minyak zaitun merupakan sumber antioksidan yang baik, tetapi itu jika sekiranya minyak zaitun ini diambil secara mentah sama ada diminum atau sebagai dressing di dalam salad. Zat yang terdapat di dalamnya boleh hilang jika ia digunakan dengan cara menggoreng makanan. Pengambilan minyak zaitun dalam jumlah yang mencukupi dapat membantu menurunkan risiko serangan kanser payudara.

Pesawat Schwarzenegger lakukan pendaratan cemas selepas asap dikesan

LOS ANGELES: Pesawat yang membawa Gabenor California, Arnold Schwarzenegger, terpaksa membuat pendaratan cemas semalam, selepas juruterbangnya melaporkan terdapat asap di ruangan kokpit, kata pihak berkuasa.

Jurucakap Schwarzenegger, Aaron McLear, berkata jet yang membawa bintang Hollywood yang bertukar menjadi ahli politik itu terpaksa mendarat kira-kira 10 minit selepas berlepas daripada Lapangan Terbang Santa Monica, barat Los Angeles.

McLear berkata, pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Van Nuys pada jam 6.23 petang.

“Jet gabenor menukar haluan daripada lapangan terbang Santa Monica ke lapangan terbang Van Nuys, petang tadi selepas juruterbang melaporkan asap keluar daripada panel kelengkapan di kokpit.

“Tidak terdapat kesan kebakaran yang jelas. Selepas mendarat, gabenor keluar daripada jet dan pulang ke rumahnya, Krew melakukan tugas yang cemerlang dan semua yang berada di dalam pesawat mendarat dengan selamat tanpa kecederaan,” katanya. - AFP

Friday, June 19, 2009

NASA mahu bom bulan

Buat ujian di angkasa lepas bagi hasilkan air, wap

FLORIDA: Saintis di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) bersedia melancarkan satu misi ke bulan dari Cape Canaveral membawa peluru berpandu untuk dibedil bagi menghasilkan lubang yang dalam, lapor akhbar, semalam.

Letupan itu satu ujian untuk melihat sama ada ia dapat menghasilkan air di atmosfera planet itu. NASA akan meneliti awan di bulan selepas ujian dilakukan bagi melihat sama ada air atau wap terhasil, kata The Telegraph.

Saintis menjangka impak letupan besar itu boleh menghasilkan satu awam besar mengandungi debu, gas dan wap ais bercampur air yang mampu dilihat dari bumi.

Jika ujian itu berjaya, kewujudan air akan membantu rancangan masa depan membina sebuah pangkalan di bulan.

Keadaan di bulan sebahagian besarnya padang pasir tetapi ais dipercayai terperangkap dalam kawah yang tidak pernah terdedah kepada sinaran matahari.

Misi Satelit Pengesan dan Pemerhatian Kawah Bulan (LCROSS) yang tidak membabitkan manusia, akan melancarkan satu roket 'Centaur' ke bulan pada dua kali kelajuan peluru.

Satu lagi pesawat angkasa lepas akan mengorbit bulan selama setahun bagi mencari lokasi sesuai untuk pendaratan angkasawan.

Pesawat Orbit Peninjau Bulan dilaporkan akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setahun bagi menghasilkan peta paling lengkap keadaan permukaan bulan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, satu lurah yang dalam dan kawasan dipercayai bekas pantai dianggap bukti paling jelas air wujud di planet Marikh, kata saintis.

Siapa Amir di hati Ella?

Komposer muda akui wujud 'chemistry' antaranya dengan Ratu Rock

PERNAH timbul rungutan sukar mendapatkan Ella untuk fotografi lebih-lebih lagi jika tiada buah tangan terbaru darinya untuk dihebahkan kepada peminat. Malah, pernah timbul cerita dia membatalkan fotografi di saat akhir walaupun sudah berjanji untuk menunaikannya gara-gara tiada benda untuk dipromosikan.

Maka timbul tuduhan kononnya Ella hanya bersedia bertemu media semata-mata untuk mengambil kesempatan. Penyanyi yang bakal meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 43 pada tanggal 31 Julai depan itu bagaimanapun ada alasan tersendiri.

Jadual persembahan dijadikan alasan penyanyi manja ini kenapa sukar melihat wajahnya menghiasi dada akhbar mahu pun majalah. Sekali pun tidak banyak publisiti mengenainya, undangan persembahannya masih bertimpa-timpa sehingga waktu untuk diri sendiri hampir tiada.

Bagaimanapun rungutan dan dakwaan itu seakan benar apabila Ella tiba-tiba muncul sejak single terbarunya Puisi Hamba mendapat putaran meluas di corong radio. Lebih-lebih lagi album terbarunya pula Ella-Greatest Hits dilancarkan.

"Ella bukannya senyap dari dunia nyanyian tetapi terikat dengan persembahan di merata tempat dan juga menunaikan sesi fotografi untuk majalah.


"Gara-gara terlalu sibuk dengan jadual persembahan yang padat, proses menyiapkan album Ella-Greatest Hits ini juga tertangguh-tangguh. Ella mula masuk studio untuk merakamkan tiga buah lagu baru yang dimuatkan dalam album kompilasi ini selepas tahun baru yang lalu tetapi April barulah album ini berjaya disiapkan.

"Mastering dilakukan di Kuala Lumpur tetapi adunan dilakukan di Australia. Untuk album ini Ella gunakan khidmat komposer baru bernama Amir kerana Ella sukakan hasil kerjanya walaupun dia orang baru. Ella tak kisah dia baru atau lama asalkan muzik dihasilkan bagus kerana Ella tidak sampai hati nak bagi peminat dengar kalau lagu itu tak bagus," katanya yang baru saja melancarkan album ke 12 baru-baru ini.

Ella The Greatest Hits memuatkan sebanyak 32 buah lagu baru yang dipilih penyanyi kelahiran Pulau Pinang yang dibesarkan di Klang, Selangor dan menampilkan tiga buah lagu baru selain Puisi Hamba album itu turut memuatkan lagu Jiwa Setia dan Mencari.

Bercerita mengenai kolaborasi bersama komposer baru Amir Syawal, penyanyi yang nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin berkata, mereka bertemu di studio Junction sebelum puasa tahun lalu. Dari perkenalan singkat itu mereka sepakat berkolaborasi untuk menghasilkan album, malah mereka sudah pun merancang untuk bekerjasama menghasilkan album penuh yang disasarkan siap sekitar September nanti.

Amir Syawal yang sebelum ini terbabit di dalam pembikinan komersial televisyen dan animasi pula menyatakan dia tidak pernah bermimpi dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi terkenal seperti Ella. Namun 'chemistry' yang pantas wujud antara mereka memudahkan kerja masing-masing.

Tiga lagu diciptanya itu mungkin kedengaran berbeza daripada Ella yang dulu tetapi Amir tidak terlalu mengubahnya supaya identiti penyanyi itu masih lagi kekal.

"Kami bertemu beberapa kali dan melalui pertemuan itu kami berbincang untuk bekerjasama. Pada mulanya saya e-mel pada Jojie lagu dalam simpanan saya dan Ella terus terpikat. Lagu sebenarnya sudah lama berada dalam simpanan, hanya setelah bertemu dengan Ella barulah impian untuk melihat lagu dikomersialkan jadi kenyataan," kata Amir yang serasi bersama Krang yang bertindak sebagai penulis lirik.

Sambung penyanyi yang terkenal dengan sifat manja ini pula, album ini cukup istimewa kerana konsep albumnya tampil dengan ilustrasi warna berbeza dengan albumnya sebelum ini. Bagi menghasilkan album ilustrasi warna-warni itu, Ella mendapatkan khidmat Elan Hasyim.

Bukan itu saja, Ella yang juga kakak kepada penyanyi Korie ini juga berhasrat menghasilkan beberapa barangan seperti kemeja-t dan buku nota bagi mempromosikan album barunya ini dengan sentuhan ilustrasi juga daripada Elan Hasyim.

Info

# Ella memulakan karier nyanyiannya sejurus tamat zaman persekolahan apabila dia menyertai kumpulan The Boys. Dia merakamkan suara buat pertama kalinya pada 1886.

# Selepas menghasilkan dua buah album bersama The Boys, dia mengambil langkah berani muncul sebagai penyanyi solo pada 1986. Hit pertamanya Pengemis Cinta diterbitkan Ramli Sarip.

# Selain menyanyi, Ella turut bergelar pelakon. Antara filem lakonannya Bayangan Maut (1990), Pemburu Bayang (1992) dan Hanya Kawan (1997).

# Artis Malaysia pertama yang merakamkan album penuh di Amerika Syarikat. Album itu berjaya mengejutkan industri muzik tempatan apabila terjual sehingga 300,000 unit yang tidak pernah dicatatkan mana-mana penyanyi sebelum ini.

# Ella juga adalah artis Malaysia pertama yang menerima anugerah platinum sebanyak lima kali.

Thursday, June 18, 2009

http://kitasatukeluarga.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

http://kitasatukeluarga.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

http://abdnaddin.blogspot.com/2008/11/di-depan-masjid-kubah-emas.html

http://abdnaddin.blogspot.com/2008/11/di-depan-masjid-kubah-emas.html

Wednesday, May 13, 2009

Sesiapa yang ada info mengenai keluarga abdullah duaming...

Salam... sekiranya ada info dari saudara / saudari. Sila postkan sini..

Wasalam,
Hasbi

Tuesday, May 12, 2009

Pengenalan mengenai blog ini..

Assalamualaikum... Saya membuat blog ini khas untuk menyusuri salasilah keluarga abdullah duaming.. Sesiapa yang mempunya maklumat tentang salasilah silalah post kedalam blog ini atau email kepada saya hasbi.dunco@gmail.com / sbslash@gmail.com .. Insyaallah.. Kita boleh bertukar2 maklumat yang ada..

Wasalam..

Mohd Hasbi bin hajat bin lassin bin erang bin abdullah