Saturday, June 27, 2009

Ke Kudat

Esok.. 28 JUNE..
Rombongan keluarga sebelah Emak saya (Nuriah bte Lambut) akan ke Kudat untuk majlis pertunangan sepupu saya.. akan bertolak jam 8.00 pagi dari Kota Belud.. tapi perjalanan saya pula terpaksa bermula dari Tuaran..

sudah lama saya tidak datang ke Kudat.. semenjak tahun 2007 lagi.. harap² banyak perubahan yang ada di sana....

dengar khabar ada juga jangkitan H1N1...
hah...&%*&^$%.. H1N1 virus BABI tu...
bahaya ni tau.. harap² itu hanya desas desus sahaja lah..
semoga perjalanan ini di rahmati Allah S.W.T..

Ameen...


HASBI HAJAT.

Tuesday, June 23, 2009

Alhamdulillah..

Akhirnya dengan keazaman saya untuk meng'update' blog ini setiap hari dan membuat beberapa usaha.. laman blog ini dapat di'search' dari search engine..
dengan itu, bermula dengan ini saya akan menulis semua maklumat mengenai aktivi keluarga abdullah duaming termasuklah acara, mesyuarat, perkembangan, gambar dan apa² saja yang saya mampu..

sumber rujukan utama saya ialah, En Hajat Hj Lassin iaitu selaku pengerusi badan keluarga yang juga bapa saya..

sekali lagi saya mintak, seluruh kaum keluarga abdullah duaming supaya dapat menyumbangkan idea atau maklumat untuk di tulis ke dalam blog ini..

------------------------------------------
Salam bedinakan,
Mohd Hasbi Hajat.
Kg Pirasan
Kota Belud

Sunday, June 21, 2009

Perhatian..

Pada mereka yang memasuki laman blog ini, diharap jgn terkejut dengan isi kandungannya.. Kerana sebenarnya content yang saya masukkan adalah tidak kena dengan objektif blog saya ini, iaitu mengmpulkan maklumat mengenai keluarga abdullah duaming.. Post2 yang saya tulis disini cuma untuk mengaktifkan sahaja blog ini.. Dan sekiranya saya mempunyai banyak maklumat, saya akan hanya memasukkan topik mengenai keluarga abdullah duaming sahaja.. Sekian dan harap maaf..

Salam Bedinakan,
Hasbi..

Saturday, June 20, 2009

Sumber Alam Sihatkan Tubuh

Tubuh yang sihat dan segar bukan hanya boleh diperoleh dengan menggunakan produk kecantikan atau melakukan pembedahan plastik semata-mata, tetapi banyak lagi kaedah lain yang boleh digunakan. Antaranya ialah dengan mengamalkan kaedah tradisional seperti memanfaatkan bahan-bahan di sekeliling, terutama sekali bahan yang sememangnya sentiasa digunakan di dapur.

Bahan sumber alam seperti rempah ratus, sayur-sayuran, atau buah-buahan contohnya, adalah antara yang terbaik untuk diamalkan. Selain bermanfaat pada kesihatan, ia juga dapat menjimatkan perbelanjaan terutama di musim gawat.

Kulit kayu manis
Kebaikan kulit kayu manis tidak boleh disangkal lagi. Selain digunakan dalam masakan atau minuman, zat-zat yang terkandung di dalamnya sangat baik terutama hal berkaitan penurunan kadar gula dalam darah serta kolesterol dalam badan.

Halia
Minuman halia kerap dinikmati sebagai bahan membuang angin dalam badan. Manakala untuk kesihatan pula, halia berfungsi dalam menurunkan tekanan darah, mengatasi peradangan serta mengurangkan risiko serangan kanser. Selain itu, halia juga berfungsi untuk memperbaiki sistem pencernaan serta perjalanan darah di dalam badan.

Kunyit
Kunyit bukan sekadar digunakan sebagai perencah dalam masakan tetapi juga baik untuk meredakan rasa nyeri ketika diserang arthritis serta amat baik untuk membantu mencegah serangan penyakit Alzheimer.

Kekacang
Makanan seperti kekacang sememangnya enak dinikmati ketika menonton TV atau sebagai kudap-kudapan di waktu minum petang. Ia kaya dengan potassium, magnesium, zat besi dan sebagainya. Anda boleh taburkan sedikit kacang di atas salad kerana ia bermanfaat untuk merawat kulit, mengurangkan risiko serangan kanser serta baik untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah. Ia juga boleh memperbaiki fungsi sistem imunisasi dan pencernaan. Sebaiknya, hindari pengambilan kacang bergoreng. Sebaliknya pilih kacang yang direbus atau dipanggang tanpa menggunakan minyak atau mentega.

Buah beri
Buah-buahan dari jenis beri ini jarang diperoleh dalam bentuk segar. Namun, ia dikatakan baik untuk meningkatkan ingatan, memerangi diabetes serta memelihara kesihatan jantung. Antaranya, beri biru, beri hitam dan beri merah. Buah beri biru antara buah yang tergolong di antara 60 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan. Buah strawberi pula kaya dengan vitamin C selain berfungsi untuk melawan jangkitan serta mencegah perkembangan selsel kanser.

Bawang putih
Memakan satu ulas bawang putih sehari baik dimasak mahupun mentah amat baik untuk membantu melindungi tubuh dari serangan kanser serta bermanfaat merawat kesihatan jantung. Bawang putih juga terbukti berkesan dalam mengawal kadar kolesterol di dalam tubuh selain bersifat antibiotic sehingga mampu menghalau bakteria jahat yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain.

Minyak Zaitun
Suatu ketika dahulu, selain menggunakan susu untuk merawat kecantikan, Ratu Cleopatra menggunakan minyak zaitun. Ini kerana, minyak zaitun merupakan sumber antioksidan yang baik, tetapi itu jika sekiranya minyak zaitun ini diambil secara mentah sama ada diminum atau sebagai dressing di dalam salad. Zat yang terdapat di dalamnya boleh hilang jika ia digunakan dengan cara menggoreng makanan. Pengambilan minyak zaitun dalam jumlah yang mencukupi dapat membantu menurunkan risiko serangan kanser payudara.

Pesawat Schwarzenegger lakukan pendaratan cemas selepas asap dikesan

LOS ANGELES: Pesawat yang membawa Gabenor California, Arnold Schwarzenegger, terpaksa membuat pendaratan cemas semalam, selepas juruterbangnya melaporkan terdapat asap di ruangan kokpit, kata pihak berkuasa.

Jurucakap Schwarzenegger, Aaron McLear, berkata jet yang membawa bintang Hollywood yang bertukar menjadi ahli politik itu terpaksa mendarat kira-kira 10 minit selepas berlepas daripada Lapangan Terbang Santa Monica, barat Los Angeles.

McLear berkata, pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Van Nuys pada jam 6.23 petang.

“Jet gabenor menukar haluan daripada lapangan terbang Santa Monica ke lapangan terbang Van Nuys, petang tadi selepas juruterbang melaporkan asap keluar daripada panel kelengkapan di kokpit.

“Tidak terdapat kesan kebakaran yang jelas. Selepas mendarat, gabenor keluar daripada jet dan pulang ke rumahnya, Krew melakukan tugas yang cemerlang dan semua yang berada di dalam pesawat mendarat dengan selamat tanpa kecederaan,” katanya. - AFP

Friday, June 19, 2009

NASA mahu bom bulan

Buat ujian di angkasa lepas bagi hasilkan air, wap

FLORIDA: Saintis di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) bersedia melancarkan satu misi ke bulan dari Cape Canaveral membawa peluru berpandu untuk dibedil bagi menghasilkan lubang yang dalam, lapor akhbar, semalam.

Letupan itu satu ujian untuk melihat sama ada ia dapat menghasilkan air di atmosfera planet itu. NASA akan meneliti awan di bulan selepas ujian dilakukan bagi melihat sama ada air atau wap terhasil, kata The Telegraph.

Saintis menjangka impak letupan besar itu boleh menghasilkan satu awam besar mengandungi debu, gas dan wap ais bercampur air yang mampu dilihat dari bumi.

Jika ujian itu berjaya, kewujudan air akan membantu rancangan masa depan membina sebuah pangkalan di bulan.

Keadaan di bulan sebahagian besarnya padang pasir tetapi ais dipercayai terperangkap dalam kawah yang tidak pernah terdedah kepada sinaran matahari.

Misi Satelit Pengesan dan Pemerhatian Kawah Bulan (LCROSS) yang tidak membabitkan manusia, akan melancarkan satu roket 'Centaur' ke bulan pada dua kali kelajuan peluru.

Satu lagi pesawat angkasa lepas akan mengorbit bulan selama setahun bagi mencari lokasi sesuai untuk pendaratan angkasawan.

Pesawat Orbit Peninjau Bulan dilaporkan akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setahun bagi menghasilkan peta paling lengkap keadaan permukaan bulan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, satu lurah yang dalam dan kawasan dipercayai bekas pantai dianggap bukti paling jelas air wujud di planet Marikh, kata saintis.

Siapa Amir di hati Ella?

Komposer muda akui wujud 'chemistry' antaranya dengan Ratu Rock

PERNAH timbul rungutan sukar mendapatkan Ella untuk fotografi lebih-lebih lagi jika tiada buah tangan terbaru darinya untuk dihebahkan kepada peminat. Malah, pernah timbul cerita dia membatalkan fotografi di saat akhir walaupun sudah berjanji untuk menunaikannya gara-gara tiada benda untuk dipromosikan.

Maka timbul tuduhan kononnya Ella hanya bersedia bertemu media semata-mata untuk mengambil kesempatan. Penyanyi yang bakal meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 43 pada tanggal 31 Julai depan itu bagaimanapun ada alasan tersendiri.

Jadual persembahan dijadikan alasan penyanyi manja ini kenapa sukar melihat wajahnya menghiasi dada akhbar mahu pun majalah. Sekali pun tidak banyak publisiti mengenainya, undangan persembahannya masih bertimpa-timpa sehingga waktu untuk diri sendiri hampir tiada.

Bagaimanapun rungutan dan dakwaan itu seakan benar apabila Ella tiba-tiba muncul sejak single terbarunya Puisi Hamba mendapat putaran meluas di corong radio. Lebih-lebih lagi album terbarunya pula Ella-Greatest Hits dilancarkan.

"Ella bukannya senyap dari dunia nyanyian tetapi terikat dengan persembahan di merata tempat dan juga menunaikan sesi fotografi untuk majalah.


"Gara-gara terlalu sibuk dengan jadual persembahan yang padat, proses menyiapkan album Ella-Greatest Hits ini juga tertangguh-tangguh. Ella mula masuk studio untuk merakamkan tiga buah lagu baru yang dimuatkan dalam album kompilasi ini selepas tahun baru yang lalu tetapi April barulah album ini berjaya disiapkan.

"Mastering dilakukan di Kuala Lumpur tetapi adunan dilakukan di Australia. Untuk album ini Ella gunakan khidmat komposer baru bernama Amir kerana Ella sukakan hasil kerjanya walaupun dia orang baru. Ella tak kisah dia baru atau lama asalkan muzik dihasilkan bagus kerana Ella tidak sampai hati nak bagi peminat dengar kalau lagu itu tak bagus," katanya yang baru saja melancarkan album ke 12 baru-baru ini.

Ella The Greatest Hits memuatkan sebanyak 32 buah lagu baru yang dipilih penyanyi kelahiran Pulau Pinang yang dibesarkan di Klang, Selangor dan menampilkan tiga buah lagu baru selain Puisi Hamba album itu turut memuatkan lagu Jiwa Setia dan Mencari.

Bercerita mengenai kolaborasi bersama komposer baru Amir Syawal, penyanyi yang nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin berkata, mereka bertemu di studio Junction sebelum puasa tahun lalu. Dari perkenalan singkat itu mereka sepakat berkolaborasi untuk menghasilkan album, malah mereka sudah pun merancang untuk bekerjasama menghasilkan album penuh yang disasarkan siap sekitar September nanti.

Amir Syawal yang sebelum ini terbabit di dalam pembikinan komersial televisyen dan animasi pula menyatakan dia tidak pernah bermimpi dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi terkenal seperti Ella. Namun 'chemistry' yang pantas wujud antara mereka memudahkan kerja masing-masing.

Tiga lagu diciptanya itu mungkin kedengaran berbeza daripada Ella yang dulu tetapi Amir tidak terlalu mengubahnya supaya identiti penyanyi itu masih lagi kekal.

"Kami bertemu beberapa kali dan melalui pertemuan itu kami berbincang untuk bekerjasama. Pada mulanya saya e-mel pada Jojie lagu dalam simpanan saya dan Ella terus terpikat. Lagu sebenarnya sudah lama berada dalam simpanan, hanya setelah bertemu dengan Ella barulah impian untuk melihat lagu dikomersialkan jadi kenyataan," kata Amir yang serasi bersama Krang yang bertindak sebagai penulis lirik.

Sambung penyanyi yang terkenal dengan sifat manja ini pula, album ini cukup istimewa kerana konsep albumnya tampil dengan ilustrasi warna berbeza dengan albumnya sebelum ini. Bagi menghasilkan album ilustrasi warna-warni itu, Ella mendapatkan khidmat Elan Hasyim.

Bukan itu saja, Ella yang juga kakak kepada penyanyi Korie ini juga berhasrat menghasilkan beberapa barangan seperti kemeja-t dan buku nota bagi mempromosikan album barunya ini dengan sentuhan ilustrasi juga daripada Elan Hasyim.

Info

# Ella memulakan karier nyanyiannya sejurus tamat zaman persekolahan apabila dia menyertai kumpulan The Boys. Dia merakamkan suara buat pertama kalinya pada 1886.

# Selepas menghasilkan dua buah album bersama The Boys, dia mengambil langkah berani muncul sebagai penyanyi solo pada 1986. Hit pertamanya Pengemis Cinta diterbitkan Ramli Sarip.

# Selain menyanyi, Ella turut bergelar pelakon. Antara filem lakonannya Bayangan Maut (1990), Pemburu Bayang (1992) dan Hanya Kawan (1997).

# Artis Malaysia pertama yang merakamkan album penuh di Amerika Syarikat. Album itu berjaya mengejutkan industri muzik tempatan apabila terjual sehingga 300,000 unit yang tidak pernah dicatatkan mana-mana penyanyi sebelum ini.

# Ella juga adalah artis Malaysia pertama yang menerima anugerah platinum sebanyak lima kali.

Thursday, June 18, 2009

http://kitasatukeluarga.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

http://kitasatukeluarga.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

http://abdnaddin.blogspot.com/2008/11/di-depan-masjid-kubah-emas.html

http://abdnaddin.blogspot.com/2008/11/di-depan-masjid-kubah-emas.html