Friday, December 17, 2010

Walimatul Urus





Assalamualaikum WBT...


Dengan rasa berbesar hatinya saya ingin menjemput semua kaum keluarga Abdulladuaming
Untuk hadir ke majlis perkahwinan anak Lelaki saya pada dan waktu yang tertera dibawah ini :-


Aturcara Majlis.


SABTU:-


25 Disember 2010 
8.00 mlm : Majlis Berinai dan kebudayaan.


AHAD :-
26 Disember 2010
9.00am - 1.30 pm : Jamuan makan.
Acara mlm kebudayaan Roslee Band...


Semoga dengan kehadiran para jemputan, akan memeriahkan lagi majlis itu nnanti..


Insyallah..


Hj Duyok Haji Tahir..
0198134811

Wednesday, July 14, 2010

PROGRAM BENGKEL KELUARGA ABDULLAH DUAMING (DU’AMIEN)

Semua Ahli Jawatankuasa Keluarga Abdullah Duaming (Du’Amien)/Tolong sibarkan kpd keluarga yang berkenaan.

PERKARA: PROGRAM BENGKEL KELUARGA ABDULLAH DUAMING (DU’AMIEN)
Perkara diatas adalah dirujuk.
2. Saya dengan sukacitanya menyampaikan maklumat berkaitan perkara diatas. Pada 14 Jun 2010 (Isnin) Jam lebih kurang 5.55pm, percakapan melalui tel Pak Hajat dan Hamzah Sundang Penasihat Keluarga memaklumkan kepada saya bahawa mereka bersetuju bengkel keluarga ini diadakan pada bulan July 2010 (Sabtu). Ekuran perbincangan sya dgn Fadzil Hj.Jamil sebelum ini.Sasaran sebenar peserta bengkel lebih kurang 30 – 70 Orang sahaja berdasrkan bilik yang disewa hanya boleh  menampung muatan 40 orang sahaja. Walau macammana pun jika permintaan melebihi sasaran mungkin kita adakan ditempat yang lebih sesuai jika perlu.
JADUAL BENGKEL YANG DICADANGKAAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH                 : 17 Julay 2010 (sabtu)
TEMPAT               : Dewan Pak Burouk Kg.Pirasan lama,ota Belud.
MASA                   : 8.30am hinggah 4.00pm

Kerjasama semua dikelangan Ahli Keluarga amat diharapkan dan dialu-alukan.

Sekian dan Terima Kasih.

b/p: Pengerusi Keluarga Abdullah Duaming (Du’Amien).

........................................................
Hj.Duyok@ Abd.Azmar K.K.Hj.Tahir
Urusetiausaha
KAD

S.K.Kepada semua KAD/Sila Panjangkan maklumat ini untuk pengetahuan KAD yg berkaitan. 

SENARAI NAMA-NAMA PESERTA BENGKEL ABDULLAH DUAMING (DU’AMIEN)
BIL
NAMA
BIL
NAMA
01.
02.
03.
04.
05.
06.
07.
08.
09.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
PAK HAJAT @ DATU SANUSHI HJ. LASSIN
PUAN NURIAH LAMBUT
ASPAWI PAK HAJAT
DUYOK@ABD.AZMAR KK HJ.TAHIR
MASNAH OLLEH
KING KK HJ.TAHIR
RAHIM JANTAN
AZMAN JANTAN
GURINDAM HJ.LASSIN
WKAN PUAN JAIMAH GINDAH
MD.MUSTAZAR BUNDAH
RUMPIN BUNDAH
HJ.KAJUL SAMIN
JUNI SAMIN
PUAN HASNAH HJ.HAMID
PUAN NORLELAH LAMBUT
ZALIPAH BT ALI@POM
ANNAH  ALI@POM
ABD.KARIM ERANG
SAMSUDDIN ERANG
MASNEH ERANG
REDZUAN AMIR HASAN
ABD.MUTALIB JAMLIN
SEMONG ANJUH
AFIZUL  JAMLIN
NORDIAH JAMLIN
BARTYU@TALIBAN HJ.UYUH
JEKUIN ABDULLAH
KAMARUDDIN HJ.UYUH
KIBONG HJ.ABBAS
AHMAD SUNDANH
NURNAINI ETONG
SAIRIN ETONG & ISTERI
FADZIL HJ.JAMIL  & ISTERI PENCERAMA
ABD.MALIK & ISTERI
SAIDI MEJAN & ISTERI

 37.
38.
39.
40.
41.
42.
43.
44.
45.
46.
47.
48.
49.
50.
51.
52.
53.
54.
55.
56.
57.
58.
59.
60.
61.
62.
63.
64.
65.
66.
67.
68.
69.
70.
71.
72.
73.
NORAINI JANGGUT
CENDERA & ISTERI
MAT SAH & ISTERI
BAITAN SINTANG & SUAMI
EX.JAAMLUDDIN SINTANG
ROSLEE OMBANG & ISTERI
JULI OMBANG & ISTERI
HJ.LAN TERIP
JAFRY HJ.LAN
MERAN HJ.LAN
JAPLIN EBIN
JAMLI JAMJIN
MAIDIN WING
PUIN WONG
ADIL POK & ISTERI
HAJAH JENTEH SATAM
ZULGOMON HJ.ENGGOH
TUAN HJ.JAMLING HJ.GHANI
ATUH HJ.JUALI
SAMLIN ADIM
DURI HJ.AMANG
MUMIN MARTIN
MALIK HJ.LATIF
HAYAT HJ.ALI
TUAN J.PAK JIKAL GABI
KHALID HJ.JIKAL
ALI EKUL
DR.LIDI SALLUN
JAMUN EKUN
A.NADIN SAIDIN
 JUIP HJ.AZIM
SYED ABDULLAH SYED ARIFFIN
SABANAH ASID
DATU SABDALI BANG
MATIN AKING
ALI@ATONG DATU HJ.ABU BAKAR
HJ.AWANG NASIP


Friday, June 4, 2010

Sejarah Tercipta.... "Pembetulan"

     Pada 14hb Mac 1998 adalah suatu lanjutan tarikh yang bertuah.
Di mana sejak tahun 1989 ilham tersebut telah tercetus untuk mengimbau sejarah silam keluarga dijadikan panduan perjalanan hidup masa kini dan generasi yang bakal mewarisi nostalgia, yang ceria ketika hidup bersama adik-beradik disamping keharmonian hidup bersama keluarga yang tersayang.


     Menyingkap sejarah lama yang mungkin telah berabad kisah silamnya menjadi hemat oleh penulisnya. Namunpun untuk memperoleh maklumat sepenuhnya adalah amat susah dan memerlukan pengkajian juga penyelidikan yang rapi tetapi penulis berharap semoga dengan adanya ketabahan dan ketekunana dan kerjasama yang padu daripada rakan keluarga yang ada susur galur dengan keluarga ABDULLAH BIN DUAMING, insyallah akan berjaya. Buku salasilah keluarga “Allahyarham Abdullah Bin Duaming” adalah atas inisiatif Encik Hajat Haji Lassin, mantan pensyarah Pusat Latihan Guru-Guru Bumiputera Sabah, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Luar Bandar) pegawai kerja di Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Sedetik mula keluarga Allahyarham Duaming Bin ….(masih diusahakan) berasal dari Acheh Indonesia dan menetap di sebuah kampung yang bernama Kampung Linau, Kota Belud bersama isterinya Timah Binti ….(tidak diketahui) Dusun Sorob Tambulion keluarga Lantukan, kerana kisah hidup mereka (suami isteri) sebelum tahun 1881 mengikut penceritaan cicit allahyarham yang bernama Haji Adzim Bin Haji Mustapha. Anak-anak allahyarham ialah Abdullah dan Abdullaham kedua-dua allahyarham juga telah meninggal dunia. Keturunan (waris-waris) allahyarham yang perlu dicari susur galurnya adalah:



Abdullah Bin Duaming (Allahyarham)
1.Eyah Binti Abdullah (Allahyarham)
2.Erang Bin Abdullah (Allahyarham)
3.Tondoon Binti Abdullah (Allahyarham)
4.Endawa Bin Abdullah (Allahyarham)
5.Aneng Binti Abdullah (Allahyarham)
6.Abbas Bin Abdullah (Allahyarham)
7.Omar Bin Abdullah (Allahyarham)

Musa Bin Dulaham (Allahyarham)

1.Duk Binti Hj Mustapha @ Musa-Yg. Sabdani
2.Termah Binti Hj Mustapha-Yg. Sipin
3.Lilah Binti Hj Mustapha -Yg. Bulaka
4.Rupia Binti Hj Mustapha –Yg. Jidah
5.Haji Adzim B Hj Mustapha –Mah Dang
6.Aking B Hj Mustapha (Allahyarham)–Mah Matin
7.Rimah Binti Hj Mustapha –Yg. Budang
8.Rita Binti Hj Mustapha – Yg. Danah
9.Kasma Binti Hj Mustapha – Yg. Jap
10.Rinu Binti Hj Mustapha – Yg. Monong
11.Maimuna Binti Hj Mustapha – Yg. Yok

Nusa Bin Dullaham (Allahyarham)

1.Inong Binti Nusa-Yg. Rasuli
2.Batong B Nusa (Allahyarham)
3.Aseh Binti Nusa (Allahyarham)
4.Ayang Binti Nusa – Yg.Awil
5.Dum B Nusa (Allahyarham)
6.Minta Binti Nusa (Allahyarham)
7.Anjum B Nusa (Allahyarham)
8.Takah Binti Nus.a – Yg.Ampai

**Pembetulan bermula disini
Isah Binti Dulaham (Allahyarham)

1.Awah Binti Mialah @ Taip
2.Gunong B Mialah @ Abd Rakam Bin Mialah
3.Suloh B Mialah (Allahyarham)
4.Sipong Binti Mialah
5.Merkasam B Mialah
6.Tiah Binti Mialah (Allahyarham)
7.Singkam B Mialah (Allahyarham)
**Pembetulan berakhir disini


Terima kasih kepada En. Abd Naddin diatas pembetulan ini.. maklumat diperolehi dari Blog beliau yang boleh dicapai melalui 
http://kitasatukeluarga.blogspot.com/2010/06/sipadul-padul-kiti-sedikit-kisah.html 

Syabas dan Tahniah!!!

Kepada semua mereka yang nama-namanya tersenarai adalah sebahagian daripada orang-orang yang pernah ditemui oleh pencatatnya (Encik Hajat Bin Haji Lassin) Ketua Keluarga Allahyarham Duaming, yang juga biasa disebut keluarga Allahyarham Abdullah Abdullaham Duaming. Saya (Hajat Haji Lassin) mengucapkan berbanyak terima kasih sehingga tertubuhnya kumpulan keluarga kecil Abdullah Duaming sejak di ilhamkan pada tahun 1989 hingga kemasa kini dan pengkajiannya berterusan. Di antara mereka yang banyak membantu adalah, Allahyarham Erang B. Abdullah (nenek), Allahyarham Haji Lassin B. Erang (ayah Pencatat), Allahyarham Umbang B. Erang, Allahyarham Datuk Haji Ismail B. Abbas (Amil Jaya), Haji Lan Bin Terip, Allahyarham Enggoh B. Mental @ Haji Abdul Rahim Mental dan keluarga Kampung Pirasan yang terlibat. Allahyarham Tuan Haji Adzim B Hj Mustapha @ Musa, Tuan Haji Matin B Aking, keluarga Allahyarham Abdullaham Duaming Kampung Linau, Allahyarham Tuan Haji Jaragan B. Haji Abdul Rahman Kampung Kesapang dan Pak Cik Awang B. Konoh Kampung Pandasan, Kota Belud. Terima kasih kepada mereka yang masih hidup dan semoga Alllah Subahanahu Wataallah mencucuri Rahmat keatas roh-roh mereka yang telah meninggal dunia di atas semua kerjasama mereka sehingga berjayanya pencarian dan pencapaian susur galur Keluarga Abdullah Duaming kini.

Sekian Terima Kasih,

(HAJAT HAJI LASSIN)

KETUA KELUARGA ABDULLAH DUAMING

Thursday, June 3, 2010

PERHATIAN!!!!!.... BERKENAAN DENGAN MESYUARAT KELUARGA ABDULLAH DUAMING

Untuk melihat minit mesyuarat penuh.. sila ke ruangan --> http://meetingkad.blogspot.com/

Tuesday, May 11, 2010

Sekitar Mesyuarat Keluarga Abdullah Duaming (KAD)


Sunday, April 25, 2010

Barisan Kepimpinan Keluarga....

Sewaktu mesyuarat Keluarga Duaming pada 25 April 2010 bertempat di Dewan Diskusi Kastam K.K...

**Update
Dengan raut wajah yang begitu ceria dan yakin, namun kita tidak menyangka yang ini adalah ucapan yang terakhir kalinya yang akan dibuat oleh beliau sewaktu mesyuarat keluarga..
-- Semoga Roh beliau serta isteri beliau ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman..
Al Fatihah.....

Amin....


Sent from my BlackBerry® wireless device via DiGi

Tuesday, April 20, 2010

SEDIKIT TENTANG KETUA KELUARGA INDUK SUSUR GALUR ABDULLAH DUAMING

KETUA KELUARGA INDUK SUSUR GALUR ABDULLAH DUAMING

Hajat Haji Lassin @ Ezat dilahirkan pada 09 Seotember 1944 di Kampung Pirasan, Kota Belud. Bersekolah di Government Primary School, Kota Belud pada 07 Januari 1956. Pada pertengahan bulan Jun 1956 beliau telah dilompatkan kedarjah dua. Pada tahun 1958 sekali lagi beliau dilompatkan ke darjah empat. Tahun 1960 beliau telah tamat darjah enam dan melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris Government Junior Secondary School (GJSS) Kota Belud. Tahun 1963, beliau menjadi Guru Besar di Native Voluntary School, Peladok Kota Belud mengajar Bahasa Inggeris (English Specialish). Pada tahun 1965 berlatih di Native Voluntary School Teachers Training Centre, Tanjung Aru selama enam bulan. Tahun 1967 mengajar di Sekolah Kebangsaan Nanamun sebagai Guru Besar mengajar Bahasa Inggeris. Tahun 1969 bertugas di SK Pekan Kota Belud dan mengajar Bahasa Inggeris. Tahun 1970 Guru Besar di SK Suang Punggor Kota Belud. Tahun 1970 telah mengikuti kursus bahasa Inggeris di Sydney, Wolonggong University NSW, Australia. Tahun 1972 menjadi Pensyarah di Pusat Latihan Guru-Guru Bumiputera Tanjung Aru. Tahun 1975 menjadi Penolong Pegawai Daerah Luar Bandar dan pernah memangku jawatan Pegawai Daerah Tuaran selama 3 bulan, semasa Pegawai Daerah berkursus di INTAN, Kuala Lumpur. Pada tahun 1980 berkursus di INTAN Kuala Lumpur dalam bidang Perancang Bandar dan Desa. Pernah dipinjamkan oleh Jabatan Pendidikan Bahagian Beaufort dan Pantai Barat Utara Kota Belud sebagai Pegawai Kerja. Giat dalam Persatuan Pengakap. Pernah dianugerahkan bintang kecemerlangan Pengakap Negeri Sabah. Jawatan yang tertinggi dalam Persatuan ialah Pesuruhjaya Pengakap Ibu Pejabat Negeri Sabah. Semasa bertugas dianugerahkan bintang kebesaran Negeri Sabah, Bintang Kinabalu dan Bintang Setia Kinabalu (BK,BSK). Tahun 1995 bersara awal (bersara pilihan). Giat dalam penulisan lirik, rencana, sajak sekitar tahun 70-an dibawah Badan Bahasa Sabah (Bahasa) GAPENA dan Teater, samaran adalah RAHSIA. Negeri-negeri yang pernah dilawati dengan aktiviti-aktiviti Persatuan disamping kursus-kursus singkat (Short course) adalah seperti:-



• Negara Singapura bersama keluarga – MAS GOLDEN HOLIDAYS, 1975.

• INTAN – Kuala Lumpur – Kursus Perancang Bandar dan Desa, 1979.

• Hadyai – Bangkok, Thailand – Pengakap, 1980.

• Bandar Seri Begawan Brunei – Keluarga dan Pengakap, 1980.

• Hong Kong, Japan dan Taiwan – Lawatan sambil belajar, 1981

• Oxford Universiti London – Short course English (Kursus singkat),

• Canada – USA – Jamboree Sedunia Pengakap, 1985 Paris lawatan singkat, Jeddah Transit. 1987, Jamboree Pengakap Sedunia - Cibubur - Indonesia.

JAWATANKUASA SUSUR GALUR KELUARGA ABDULLAH DUAMING PADA 14 MAC 1998

JAWATANKUASA SUSUR GALUR KELUARGA ABDULLAH DUAMING PADA 14 MAC 1998



1. Penaung – Pak Jikal Gabbie

2. Penasihat – Datuk Haji Ismail Abbas

3. Ketua Keluarga Induk – Encik Hajat Haji Lassin (Pengumpul Maklumat)

4. Timbalan Ketua – Encik Ali @ Pump Bin Tong

5. Setiausaha – Tuan Haji Duyok KK Hj Tahir

6. Penolong Setiausaha – Cikgu Mustadzar Bin Bundah

7. Bendahari – Encik Samsuddin Bin Erang

8. Penerangan – Tuan Haji Lan Bin Terip (Pengumpul Maklumat)

9. Audit – Encik Abdul Rshim Bin Jantan



Ahli Jawatankuasa



1. Tuan Haji Kajul Bin Samin

2. WKAN Umbang Bin Erang

3. Tuan Haji Wong Bin Erang

4. Hajjah Antan Bt Haji Abd Rahim

5. Tuan Haji Adzim Kalan

6. Tuan Haji Ghani Endawa

7. Sgt Jamlin Bin Hj Lassin

8. Atong @ Ali B Hj Abu Bakar

9. Cikgu Bati Badri Bin Haji Uyuh

10. Cikgu Fadzil Bin Haji Jamil (Pengumpul Maklumat)

11. Encik Abdul Karim Bin Erang

12. Encik Wing B Sintang / Baitah Sintang

13. Puan Jaimah Gindah

14. Datok Haji Mastor Bin Samin

15. Encik Jap Bin Haji Omar

16. Dr Laddy Bin Haji Sallun

17. Dr Mohammad Bin Hj Jikal

18. Encik Abd Samad Bin Datuk Haji Ismail Abbas

19. Encik Atoh Hj Juali

20. Ir Makbul B Dualis

21. Encik Matin B Aking (Pengumpul Maklumat)

22. Cikgu Roslee WKAN Umbang

23. Tuan Haji Jamling Hj Ghani

Tuesday, March 23, 2010

Hajat ke Aceh akhirnya tercapai



































HAJAT KE ACEH AKHIRNYA TERCAPAI
-catatan perjalanan Hajat Haji Lassin menyusuri silsilah keluarga Duaming di Aceh Darussalam

Oleh ABD.NADDIN HJ.SHAIDDIN
abdnaddin@yahoo.com

Impian untuk melihat Serambi Mekah itu sudah tersemat di hati Cikgu Hajat Haji Lassin sejak sekian lama. Aceh dengan segala cerita dan kisah yang terkandung di dalamnya sentiasa menarik perhatian Cikgu Hajat bukan saja kerana wilayah itu memang memiliki sejarah yang tersendiri dan merupakan Wilayah Indonesia yang paling akhir dapat ditakluki Belanda, tetapi nama Aceh memiliki makna yang khusus di hatinya.

Ketika peristiwa Tsunami meluluhlantakkan Aceh, peristiwa itu membuat fikiran Cikgu Hajat sedih dan berkecamuk. Ratusan ribu mati dihanyutkan ombak atau tertimbus tanah dan bangunan, orang-orang berlari, meratap dan menangisi nasib mereka, penderitaan yang seperti tidak ada penghujungnya tetap membuat kerinduan kepada Aceh tak kunjung padam.

"Mari kita ke Aceh melihat Masjid Baiturrahman yang tetap bertahan walaupun dilanda tsunami," katanya pada satu hari. Di wajah isteri dan anak-anaknya tergambar perasaan gembira sekaligus kepiluan.

Gembira kerana mereka dapat melancong ke luar negeri, dan pilu mengenangkan nasib ribuan orang yang kehilangan keluarga, ribuan orang yang merana berjuang untuk sebuah kehidupan selepas ditinggalkan ayah, ibu, suami, isteri dan anak-anak mereka akibat tragedi tsunami itu.

Tetapi hajat di hati Cikgu Hajat sukar diukur betapa kuatnya. Misinya ke Aceh itu bukanlah semata-mata untuk `makan angin' tetapi misinya kali ini adalah untuk mencari keluarga.

Segalanya bermula pada satu hari pada tahun 1998 sebaik-baik beliau mendapat tahu bahawa nendanya berasal dari Aceh. Menurut cerita lisan, Atuknya yang bernama Duaming merantau dari Aceh lalu sampai ke Sabah tahun 1881 dan kemudian bermukim di Kampung Linau Kota Belud yang pada waktu itu dikenali sebagai Tempasuk dan beranak pinak di sana.

Beberapa hari sebelum berangkat ke Aceh, Cikgu Hajat yang juga mantan Pensyarah Pusat Latihan Guru-Guru Bumiputera Sabah dan mantan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Luar Bandar) Tuaran telah mempersiapkan diri untuk mencari orang-orang yang boleh dihubungi ketika di Aceh. Sayangnya, Cikgu Hajat kehilangan alamat orang-orang yang boleh dihubunginya di Aceh.

Oleh sebab itu, Cikgu Hahat bersama isteri, Hajah Noriah Lambut dan anak-anaknya Aspawi Hajat, Sarinah Hajat, Mohd.Eranza Hajat tetap meneruskan perjalanan ke Aceh melalui LCCT Kuala Lumpur.

Sebelum itu, mereka telah menempah tiket untuk melancong selama enam hari ke Aceh. Mereka membulatkan tekad untuk berkunjung ke Aceh kerana mencari susur galur keluarga.

Mujur tanpa disangka, ketika menanti panggilan untuk memasuki pesawat, beliau dipertemukan dengan seorang perempuan yang berbudi bahasa dan berhati luhur. Hari itu 3 Mac 2010, kira-kira jam 11.00 pagi. Cikgu Hajat melihat jam tangannya, dan beliau tidak sedar bahawa Tuhan telah mengatur perjalanannya sedemikian rupa.

Perempuan dalam lingkungan 40-an itu, mudah tersenyum dan berwajah ceria itu duduk sebaris dengannya. "Hanya selang dua kerusi," kata Cikgu Hajat. Sementara menunggu pintu masuk ke pesawat Air Asia itu terbuka, tiba-tiba perempuan itu bertanya:" Pakcik mahu kemana?".

"Saya nak ke Banda Aceh," jawab Cikgu Hajat.
"Dengan keluarga?"
"Ya, saya dan lima orang lagi"
"Makan Angin?"
Memikirkan pertanyaan itu lahir dari hati yang ikhlas, Cikgu Hajat menceritakan tujuan sebenarnya ke Aceh. "Nenek saya berasal dari Aceh", katanya. Bagi masyarakat Bajau, nenek boleh digunakan untuk merujuk datuk dan nenek sekaligus.

Beliau memberitahu itulah kali pertama beliau ke Aceh. Wanita yang mulia itu rupanya merupakan isteri kepada Bupati Aceh Besar, Drs.Tgk.H.Bukhari Daud. Sesampainya di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda, beliaulah dan isterinya yang sibuk menguruskan urusan mengecap pasport dan dokumen perjalanan. Selain itu, beliau telah menyediakan dua buah kereta yang membawa Cikgu Hajat sekeluarga ke rumahnya di Lorong Lampanaki, Banda Aceh.

Perjalanan satu setengah jam dengan kapal terbang itu tidak terasa letihnya.Bagi Cikgu Hajat pertemuan yang berlaku secara tidak sengaja itu membawa rahmat yang tidak terkira. Selepas bertanya khabar, sepanjang perjalanan itu, banyaklah kisah yang dipertuturkan terutamanya kisah-kisah sekitar tsunami yang berlaku beberapa tahun yang lampau.

"Di rumah beliau, kami berbual panjang mengenai susur galur silsilah keluarga. Saya menceritakan susur galur keluarga yang akhirnya membawa saya ke Aceh", kata Cikgu Hajat.

Alangkah terkejutnya, dan alangkah gembiranya, apabila mengetahui bahawa Drs.Bukhari juga merupakan generasi keempat daripada Allahyarham Du Amien, buyut kepada Allahyarham ayahnya yang bernama Daud.

Di Aceh, Duaming dikenali sebagai Du Amien. Du, menurut cerita adalah gelaran kepada orang ternama teuku, tengku, Nyak dan sebagainya manakala Amien bermakna Amien bermaksud Yang Benar.

Oleh kerana faktor sebutan, Du Amien yang menurut cerita merantau ke Asia untuk mengembangkan agama Islam akhirnya dipanggil dengan nama Duaming oleh orang-orang Bugis. Mereka tidak dapat menyebut Amin sebaliknya Aming, papan disebut papang, ikan disebut ikang dan sebagainya.

Kalau bukan kerana beliau yang mengakui keturunan keempat Du Amien, Cikgu Hajat mungkin tidak berani memperkatakannya. Ini kerana Drs.Bukhari merupakan tokoh masyarakat dan pembesar negeri. Malah kelihatan beberapa pengawal berkawal di rumahnya bepakaian serba kuning dan dua orang pemandu yang mengangkat beg pakain ke rumah.

"Saya sempat menasihatkan anak-anak saya supaya menjaga disiplin dan tingkahlaku mereka kerana orang yang kami datangi itu merupakan pegawai tinggi," kata Cikgu Hajat mengenang kunjungan itu.

Tetapi keluarga tetap keluarga, tidak kira sama ada miskin kaya, berpangkat atau berharta. Oleh sebab itu, Cikgu Hajat tidak putus memanjatkan rasa syukur ke hadratNya. Drs. Tgk. H Bukhari Daud dan isterinya juga bersyukur kepada Allah SWT kerana mempertemukan medreka yang mempunyai kaitan keluarga.

Mengikut cerita, Du Amien keluar ke Asia (demikian catatan sejarah menurut kisah yang dituturkan Drs.Tgk.H.A Rahman Kaoy, Ketua MAA Provinci Nanggroe Aceh Darussalam) untuk mengembangkan agama Islam. Mereka mengenali Asia sebagai kawasan nusantara tetapi mereka tidak tahu bahawa Du Amien itu berlayar dan merantau sehinggalah sampai ke Kampung Linau dan berkahwin pula dengan Timah, orang Dusun Dari Tambulian yang merupakan keluarga Lantukan. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Abdullah Duaming dan Abdulaham (Dulaham Duaming).

Bagaimanapun, Drs.Tgk H.A.Rahman Koay yang juga Ketua Adat NAD mengatakan bahawa Du Amien itu masih keturunan Sultan Alauddin Riayat Syah, dan mempunyai kaitan silsilah keluarga yang sama dengan Tjut Nya Dien, pahlawan Aceh.

Penemuan itu ternyata membuka lebih luas cakerawala pencarain keluarga Duaming. Cikgu Hajat tidak menyangka bahawa Duaming, yang berasal dari Lamparo, Aceh Besar merupakan pengembang agama Islam.

Rupa-rupanya beliau merantau hingga ke Sabah yang dikenali North Borneo dalam misi dakwah. Alangkah baiknya, itu yang bermain dalam fikirannya, jika ada yang masih menyimpan dokumen bertulis seperti kitab, catatan harian oleh nenek moyangnya kerana biasanya guru-guru agama menyimpan catatan perjalanan mereka.

Selepas misi mencari keluarga itu berjaya mempertemukan beliau dengan orang yang mempunyai kaitan keluarga dengannya, Cikgu Hajat menghabiskan masa untuk berkeliling Aceh.

Sepanjang di Aceh. beliau dan keluarga sempat ke Aceh Besar, Aceh Selatan, Aceh Utara, Aceh Barat Daya melihat kesan-kesan tsunami, melihat kebudayaan aceh, sempat ke Pantai Lok Nga, pantai yang cantik dan sempat berkunjung ke rumah Aceh.

Banyak pemandangan yang menarik sepanjang kunjungan ke wilayah yang baru saja menikmati kedamaian hasil kesepakatan di Helsinki. Tetapi yang paling bermakna bagi diri Cikgu Hajat ialah pertemuannya dengan keluarga Duaming di Aceh.