Thursday, September 24, 2009

Kembali kerahmatullah..

05 Syawal / 24 September

Al-Fatihah....
Pemergian ayah kepada Madsah Jaragan bertempat di Kampung Kesapang Kota Belud..
Semoga roh allahyarham dirahmati Allah S.W.T.
Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, September 22, 2009

The family is a haven in a heartless world


Salam 3 syawal to all denakan.

FAMILY @ AIDILFITRI


Dari Kiri Atas : Abd Hadi, Harryateh, Mohd Syahrul, Matsyah, Mohd Hasbi, Asfawie, Serinah.
Duduk seperti mempelai tu : Hajat Hj Lassin dan Hjh Nuriah Lambut.


Keluarga Abd Hadi Hajat.



Keluarga Haryateh Hajat



Keluarga Mohd Syahrul Hajat



Keluarga Matsyah Hajat



Keluarga Mohd Hasbi Hajat



The only sister and brother kami yang belum kahwin.



Cucu - cucu Hajat Hj Lassin bersama emak and bapa saudara mereka..


Monday, September 21, 2009

Rombongan Keluarga Abdullah Duaming ke rumah Tuan Hj Jamling Hj Ghani..

Gambar : Keluarga Tuan Hj Jamling Bin Hj Ghani..
Tempat : Kg Sungai Damit, Tuaran..
Rombongan : diketuai oleh pengerusi keluarga, en Hajat Hj Lassin. Turut sama En Abd Rahim, En Azman, En Kassim, En Syahrul, En Matsyah, Noraini bersama keluarga masing - masing..

Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, September 20, 2009

SALAM AIDILFITRI


KELUARGA TN. HAJAT BIN LASSIN & PN. HJH. NURIAH BT LAMBUT
Kami semua mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Monday, September 7, 2009

Pertemuan Hari Keluarga 2009

Salam,

Sebentar tadi, Tuan Pengerusi badan keluarga memaklumkan bahawa perhimpunan hari keluarga adalah seperti berikut:-

Tarikh : 26 September 2009.
Tempat : Perkarangan Rumah Pak Jikal Gabie (Kota Belud) *Confirmed*
Masa : akan diketahui kelak.. Rasanya bermula Jam 8.00 pagi..

Semua maklumat akan dimaklumkan kemudian..

Salam Ramadhan dan Aidilfitri maaf Zahir & batin,


Semua kaum keluarga dijemput hadir sama..

Sunday, September 6, 2009

17 Ramadhan : Nuzul Al-Quran & Lailatul Qadar..

Nuzul Al-Quran   Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. 'Al-Quran' bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata 'al-Quran mukjizat akhir zaman' atau 'al-Quran yang mempunyai mukjizat'. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An'am:38) al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'alaq:1-5)   Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan. Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)   Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira. Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.   Panduan Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti: 1.      ‪Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran‬ 2.      ‪Ayat pertama diturunkan ialah 'iqra' iaitu 'baca' dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.‬ 3.      ‪Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan. ‬ Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu 'ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.             Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah 'iqra'' iaitu 'baca' di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: "ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa".  Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah. Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat. Kesimpulan      Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai 'kitab induk' panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan 'membaca' al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).
Sent via BlackBerry from Maxis

Hari Minggu ker Ahad?..

Bagi orang yang berkerja, Hari ahad adalah satu2nya hari yang dianggap terlalu istimewa selain hari jumaat, hari raya mahupun hari hujan..
Setiap saat, minit, jam yang berlalu pada hari Ahad selalunya dipergunakan dengan begitu cermat dan teliti sehingga tidak sedetikpun yang terbazir..

Semoga hari Minggu Anda benar-benar happy dan enjoy.
Yang pasti hari Minggu Anda menentukan bagaimana Anda akan menghadapi Isnin yang selalu ditakuti itu.
Ahh?....
Kenapa harus takutkan hari Isnin?...
Hampir setiap orang membenci Isnin. Termasuklah aku.. Kekadang aku tidak sanggup melihat matahari petang ditelan ufuk timur dan menggelapkan malam sehingga terbitnya fajar di pagi isnin...
Sebenarnya, kita bukan takut pada isnin.. Tetapi minda dan fizikal kita yang tidak sanggup untuk menghadapinya..
Hari ahad sememangnya kita terlalu tertumpu untuk menghabiskan, walhal hari Isnin itu tetap bersedia menanti keesokan harinya..
Biar apapun yang berlaku kita tidak bisa untuk menghentikan waktu yang begitu rakus menelan masa..
Buat saudara sekalian, gunakan waktu yang ada sebaiknya dan sentiasa mengingati hari esok yang sentiasa menanti kita..

Assalamualaikum...
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, September 3, 2009

Amil Jaya kini telah tiada

Petikan dari : http://abdnaddin.blogspot.com/


KOTA KINABALU: Negeri Sabah kehilangan seorang lagi putera terbaiknya dalam bidang bahasa dan sastera selepas pemergian Sasterawan Negeri, Datuk Haji Ismail Abbas,70 atau lebih dikenali sebagai Amil Jaya di Kampung Tenghilan Tuaran, lewat petang Rabu.
Beliau merupakan mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah sebelum bersara pada tahun 1994. Amil Jaya dilahirkan pada 5 November 1939 di Kampung Pirasan Kota Belud.Selepas tamat darjah lima di GPS Tenghilan, beliau dilantik sebagai guru di Sekolah Sukarela Rakyat (NVS) Kampung Wangkod, Tenghilan, SRK Selupoh Tuaran sebagai guru besar (1966-1968) dan kemudian memasuki Maktab Perguruan Bahasa Kuala Lumpur (1969-1970),Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim Perak (1970-1972).

Selepas itu, Ismail Abbas menjadi pensyarah Di Maktab Perguruan Gaya sehingga 1974 sebelum menyertai Biro Kesusasteraan Borneo Cawangan Sabah hingga tahun 1976.

Kemudian apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah diwujudkan di Sabah, beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Penyelidik, Ketua Unit Sastera, Timbalan Pengarah dan kemudian sebagai Pengarah DBP Cawangfan sabah pada tahun 1994.

Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1982.
Ismail Abbas lebih dikenali sebagai Amil Jaya dalam lapangan kebahasaan dan kesusasteraan, Beliau mul menulis pada tahun 1958 dan menghasilkan puluhan cerpen, serta beberapa buah novel antaranya Cerah (DBP:1076), Ngayau (DBP:1979) dan Bagaton (DBP:1987).
Beliau juga menghasilkan tiga buah novel remaja Yanti Si Anak laut (1986), Herwan Anak Kembara (1989) dan Periuk Kera Raksasa (1992). Kumpulan Puisi dan cerpennya terhimpun dalam Antologi Suatu Amanah dan kumpulan cerpen Berhati Nabi Berwajah Ibu (1972) dan Haram (1969).
Sasterawan ini merupakan Penerima Anugerah Sasterawan Negeri Sabah (1990) dan penerima SEA Write Award (1992) dari Kerajaan Thailand, Tokoh Pujangga dari UPSI dan menerima anugerah darpada Kerajaan Negara Brunei Darussalam kerana jasanya dalam Kesusasteraan Melayu.
Dalam gerakan bahasa dan sastera, beliau terlibat dalam Persatuan Penulis Sabah (PERPESA), Angkatan Persuratan Melayu Sabah (APMS) dan pernah menjadi Yang Di Pertua Badan Bahasa Sabah (BAHASA) selain menjadi Ahli Jawatankuasa Penuh Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).

Jenazah akan dikebumikan esok di tanah kelahirannya di Kota Belud

Amil Jaya - Dalam Kenangan

SETIAP zaman akan melahirkan sasterawan besar yang tidak dilupakan sejarah. Barangkali inilah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan kedudukan Amil Jaya dalam konteks sastera Sabah. Beliau lahir pada zaman di mana rakyat dan negeri ini memerlukan kehadirannya dan beliau telah melakukan apa yang terbaik untuk itu. Beliau bukan sahaja meninggalkan sejumlah besar karya sastera yang hebat dalam pelbagai genre, tetapi sumbangan pemikirannya diiktiraf bukan sahaja di negara ini, malah di peringkat serantau.

Amil Jaya atau nama sebenarnya Datuk Ismail bin Abas lahir pada 5 November 1939 di kampung Pirasan Kota Belud. Beliau mendapat pendidikan awal di Government Primary School. Tenghilan, Tuaran. Setelah tamat sekolah rendah, beliau menjadi guru di Sekolah Sukarela Rakyat di Kampung Wangkod, Tenghilan. Beliau kemudian memasuki Pusat Latihan Guru-Guru Bumiputera dan setelah menamatkan latihan di pusat itu beliau kembali bertugas sebagai guru besar di Sekolah Sukarela Rakyat Wangkod, Tenghilan. Tidak lama kemudian beliau menjadi guru besar di SRK Selupoh, Tuaran sehingga tahun 1968.

Pada tahun 1969 beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab perguruan Bahasa Kuala Lumpur dan kemudian di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Perak. Kerana minat yang mendalam dalam bidang ksusasteraan, pada tahun 1974 beliau menyertai Biro Kesusasteraan Borneo (Borneo Literature Bureau) Cawangan Sabah, sebagai editor.

Apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menubuhkan cawangannya di Sabah dan Biro Kesusasteraan Borneo diserapkan ke dalam DBP, Amil Jaya turut menyertai agensi baharu itu sebagai pegawai penyelidik. Pada tahun 1976 beliau mengikuti kursus pengajian luar kampus Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang sehingga berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda sastera pada tahun 1982 dan pada tahun 1990 beliau menjadi Pengarah DBP cawangan Sabah sehingga bersara pada tahun 1994.

Beliau mula menulis pada tahun 1958, tetapi puncak kegemilangannya dalam bidang sastera ialah pada tahun 1970-an sehingga tahun 1990-an. Sebagai sasterawan, beliau adalah tokoh besar yang paling konsisten dan paling menyerlah di Sabah pada zamannya. Pada tahun 1990, beliau menerima Anugerah Sastera Negeri Sabah, Pada tahun 1992, beliau menerima hadiah SEA Write Award daripada Kerajaan Thailand. Beliau juga turut menerima penghargaan daripada kerajaan Negara Brunei Darussalam kerana sumbangannya yang besaqr terhadap bidang sastera di kepulauan Borneo ini.

Walaupun pemikiran beliau amat tajam dalam merombak keadaan, dianggap pejuang yang revolusioner, peka terhadap kedaifan ekonomi masyarakat di sekeliling, tetapi beliau bukanlah seorang ahli atau tokoh politik. Seperti yang beliau perakui sendiri, beliau tidak pernah menyertai sebarang parti politik di Sabah. Penglibatannya dalam politik mungkin hanya berkisar dalam institusi atau gerakan sastera sahaja, terutama sekali penglibatan beliau sebagai tokoh pemimpin dalam “Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) yang diterajuinya pada tahun 1984 apabila badan ini dihidupkan kembali dengan bantuan beberapa aktivis sastera di Sabah. Beliau kemudian digulingkan Allahyarhamah Hajah Sairah Haji Antin yang bertanding pada pemilihan tahun 1995.

Ketika BAHASA mengalami tahun-tahun kritikal dengan berlakunya pergolakan dalaman pada awal alaf baharu, nama beliau disebut semula sebagai antara tokoh yang layak menerajui kembali badan bahasa dan sastera yang berpengaruh di Sabah dan menjadi kerabat GAPENA itu. Akhirnya beliau muncul semula merebut Jawatan Yang Di Pertua Badan BAHASA pada pemilihan tahun 2003. Walau bagaimana pun pada pemilihan tahun 2007 beliau mengundur diri atas sebab-sebab kesihatan dan menyerahkan kepimpinan BAHASA kepada Jasni Matlani.

Sesungguhnya Amil Jaya adalah sasterawan besar di Sabah, malah di peringkat kebangsaan dan serantau. Beliau sebenarnya layak dicalonkan sebagai penerima anugerah ’Sasterawan Negara’ berdasarkan keterlibatan dan sumbangannya yang tidak terhingga itu. Beliau layak dicatat dalam tinta emas sejarah negara ini dan malah sangat wajar menjadi kebanggaan bangsanya. Beliau bukan sahaja mempunyai identiti tersendiri di sepanjang penglibatannya, tetapi karyanya sama ada dalam genre puisi, cerpen, esei kritikan sastera dan novel, meninggalkan segugus besar pemikiran dan gagasan yang tidak ternilai untuk bangsa dan negaranya.

Beberapa buah novelnya yang dianggap penting dan begitu dominan dalam kerjaya penulisannya seperti Cerah, Bagaton dan Ngayau akan sentiasa mendapat perhatian. Malah terus diperkatakan oleh kritikawan dan sarjana dalam dan luar negara daripada pelbagai perspektif, pendekatan dan teori.

Beliau akan terus dikenang dan dihargai untuk jangka masa yang lama. Sasterawan lain mungkin akan tumbuh, tetapi Amil Jaya sentiasa disebut namanya sebagai sasterawan besar untuk zamannya. Beilau akan terus hidup dalam ingatan khalayak sastera negeri ini sampai bila-bila kerana beliau adalah sasterawan besar yang tidak mungkin akan dilupakan sejarah.

Yang pergi takkan kembali lagi

untuk makluman keluarga semimon, Datuk Ismail Abas dan Pak ma' Ijam telah meninggal dunia songom debui dan akan kinubur tak kampung pirasan betiru..


al-fatihah..