Friday, June 4, 2010

Sejarah Tercipta.... "Pembetulan"

     Pada 14hb Mac 1998 adalah suatu lanjutan tarikh yang bertuah.
Di mana sejak tahun 1989 ilham tersebut telah tercetus untuk mengimbau sejarah silam keluarga dijadikan panduan perjalanan hidup masa kini dan generasi yang bakal mewarisi nostalgia, yang ceria ketika hidup bersama adik-beradik disamping keharmonian hidup bersama keluarga yang tersayang.


     Menyingkap sejarah lama yang mungkin telah berabad kisah silamnya menjadi hemat oleh penulisnya. Namunpun untuk memperoleh maklumat sepenuhnya adalah amat susah dan memerlukan pengkajian juga penyelidikan yang rapi tetapi penulis berharap semoga dengan adanya ketabahan dan ketekunana dan kerjasama yang padu daripada rakan keluarga yang ada susur galur dengan keluarga ABDULLAH BIN DUAMING, insyallah akan berjaya. Buku salasilah keluarga “Allahyarham Abdullah Bin Duaming” adalah atas inisiatif Encik Hajat Haji Lassin, mantan pensyarah Pusat Latihan Guru-Guru Bumiputera Sabah, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran dan Luar Bandar) pegawai kerja di Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Sedetik mula keluarga Allahyarham Duaming Bin ….(masih diusahakan) berasal dari Acheh Indonesia dan menetap di sebuah kampung yang bernama Kampung Linau, Kota Belud bersama isterinya Timah Binti ….(tidak diketahui) Dusun Sorob Tambulion keluarga Lantukan, kerana kisah hidup mereka (suami isteri) sebelum tahun 1881 mengikut penceritaan cicit allahyarham yang bernama Haji Adzim Bin Haji Mustapha. Anak-anak allahyarham ialah Abdullah dan Abdullaham kedua-dua allahyarham juga telah meninggal dunia. Keturunan (waris-waris) allahyarham yang perlu dicari susur galurnya adalah:



Abdullah Bin Duaming (Allahyarham)
1.Eyah Binti Abdullah (Allahyarham)
2.Erang Bin Abdullah (Allahyarham)
3.Tondoon Binti Abdullah (Allahyarham)
4.Endawa Bin Abdullah (Allahyarham)
5.Aneng Binti Abdullah (Allahyarham)
6.Abbas Bin Abdullah (Allahyarham)
7.Omar Bin Abdullah (Allahyarham)

Musa Bin Dulaham (Allahyarham)

1.Duk Binti Hj Mustapha @ Musa-Yg. Sabdani
2.Termah Binti Hj Mustapha-Yg. Sipin
3.Lilah Binti Hj Mustapha -Yg. Bulaka
4.Rupia Binti Hj Mustapha –Yg. Jidah
5.Haji Adzim B Hj Mustapha –Mah Dang
6.Aking B Hj Mustapha (Allahyarham)–Mah Matin
7.Rimah Binti Hj Mustapha –Yg. Budang
8.Rita Binti Hj Mustapha – Yg. Danah
9.Kasma Binti Hj Mustapha – Yg. Jap
10.Rinu Binti Hj Mustapha – Yg. Monong
11.Maimuna Binti Hj Mustapha – Yg. Yok

Nusa Bin Dullaham (Allahyarham)

1.Inong Binti Nusa-Yg. Rasuli
2.Batong B Nusa (Allahyarham)
3.Aseh Binti Nusa (Allahyarham)
4.Ayang Binti Nusa – Yg.Awil
5.Dum B Nusa (Allahyarham)
6.Minta Binti Nusa (Allahyarham)
7.Anjum B Nusa (Allahyarham)
8.Takah Binti Nus.a – Yg.Ampai

**Pembetulan bermula disini
Isah Binti Dulaham (Allahyarham)

1.Awah Binti Mialah @ Taip
2.Gunong B Mialah @ Abd Rakam Bin Mialah
3.Suloh B Mialah (Allahyarham)
4.Sipong Binti Mialah
5.Merkasam B Mialah
6.Tiah Binti Mialah (Allahyarham)
7.Singkam B Mialah (Allahyarham)
**Pembetulan berakhir disini


Terima kasih kepada En. Abd Naddin diatas pembetulan ini.. maklumat diperolehi dari Blog beliau yang boleh dicapai melalui 
http://kitasatukeluarga.blogspot.com/2010/06/sipadul-padul-kiti-sedikit-kisah.html 

Syabas dan Tahniah!!!

Kepada semua mereka yang nama-namanya tersenarai adalah sebahagian daripada orang-orang yang pernah ditemui oleh pencatatnya (Encik Hajat Bin Haji Lassin) Ketua Keluarga Allahyarham Duaming, yang juga biasa disebut keluarga Allahyarham Abdullah Abdullaham Duaming. Saya (Hajat Haji Lassin) mengucapkan berbanyak terima kasih sehingga tertubuhnya kumpulan keluarga kecil Abdullah Duaming sejak di ilhamkan pada tahun 1989 hingga kemasa kini dan pengkajiannya berterusan. Di antara mereka yang banyak membantu adalah, Allahyarham Erang B. Abdullah (nenek), Allahyarham Haji Lassin B. Erang (ayah Pencatat), Allahyarham Umbang B. Erang, Allahyarham Datuk Haji Ismail B. Abbas (Amil Jaya), Haji Lan Bin Terip, Allahyarham Enggoh B. Mental @ Haji Abdul Rahim Mental dan keluarga Kampung Pirasan yang terlibat. Allahyarham Tuan Haji Adzim B Hj Mustapha @ Musa, Tuan Haji Matin B Aking, keluarga Allahyarham Abdullaham Duaming Kampung Linau, Allahyarham Tuan Haji Jaragan B. Haji Abdul Rahman Kampung Kesapang dan Pak Cik Awang B. Konoh Kampung Pandasan, Kota Belud. Terima kasih kepada mereka yang masih hidup dan semoga Alllah Subahanahu Wataallah mencucuri Rahmat keatas roh-roh mereka yang telah meninggal dunia di atas semua kerjasama mereka sehingga berjayanya pencarian dan pencapaian susur galur Keluarga Abdullah Duaming kini.

Sekian Terima Kasih,

(HAJAT HAJI LASSIN)

KETUA KELUARGA ABDULLAH DUAMING

Thursday, June 3, 2010

PERHATIAN!!!!!.... BERKENAAN DENGAN MESYUARAT KELUARGA ABDULLAH DUAMING

Untuk melihat minit mesyuarat penuh.. sila ke ruangan --> http://meetingkad.blogspot.com/